Jemaah solat Jumaat di jalanan London
Laporan tersebut menulis
mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah
jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan
masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.
Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”,
harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke
daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama
di luar.
”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.
Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square,
ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat.
Kegiatan selama satu jam di tengah-tengah kawasan kewangan kota London
itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan
di sekitar masjid komuniti kecil.
Pekerja yang memakai
uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan.
Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan
letak kereta.
Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel.
Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan
yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat
Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.
Islam semakin berkembang di Kota London
Dalam ruangan
masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim
yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang
juga ingin menjalankan solat Jumaat. Dan ini menyebabkan jemaah solat
Jumaat melimpah sehingga ke jalan.
“Keadaan ini semakin
ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini” kata seorang pekerja yang
masih memakai pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang terkejut ketika
mereka datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka dapat
melihat ramai orang yang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan
solat betul-betul di tengah Kota London.”
Penambahan umat
Islam di Eropah menyebabkan banyak tempat-tempat ibadah seperti kuil
yahudi dan gereja bertukar milik menjadi tempat ibadah bagi umat islam
2 comments:
ISLAM TERUS SUBUR DI SANA TANPA DICEMARI OLEH IDEOLOGI POLITIK....BAHKAN PERKEMBANGAN UMAT ISLAM DI SITU LEBIH SUBUR BERBANDING DENGAN DI NEGARA INI.....MESKIPUN DI SANA TIADA PARTI ISLAM ISLAM TERUS UNGGUL DAN SUBUR...DI MALAYSIA PAS ADALAH PARTI YANG MEROSAKAN UMMAH SERTA KESUCIAN ISLAM...SEANDAI TIADA PAS, ISLAM DI NEGARA INI LEBIH SUBUR DAN INDAH DAN PERSAUDARAAN ISLAM LEBIH KUKUH TERJALIN.....SEMUA KEROSAKAN TERSEBUT BERPUNCA DARI NIK AZIZ DAN HAJI HADI TERMASUK SELURUH ULAMA BISU DAN JAHAT PAS.
Anonymous!!
Islam berkembang di Eropah bukan pasal tak ada parti PAS...
Pasalnya, dkt sini ada kebebasan bersuara dan semua ada hak asasi manusia...
Majlis2 ilmu dan agama boleh diadakan di mana2 masjid, madrasah atau rumah persendirian tanpa memerlukan permit polis.. Adakala orang2 Islam di Eropah membuat protes berkenaan isu isu umat Islam, contohnyer isu Palestin, Polis di negara barat tidak akan halau dan sembur para pendemonstrasi...
Kalau dkt Malaysia, nak buat ceramah agama pun nak kena permit polis... suratkhabar dan media pun tak membantu dalam mendidik dan menjalankan kerja dakwah... apabila ulamak cuba menyuarakan salah laku pemimpim.. ulamak kena gam.. kalau tak pun buat pusingan U Turn pada statement yang telah di buat...
AKu masih tak paham pasal kait mengait kerajaan PAS, NIK AZIZ dan HAJI HADI....
Lain kali, kalau nak bagi pendapat... bagilah pendapat yang lebih bijak.. nak kutuk pun kutuk larr dengan berhemah.. kesian aku tgk bangsa aku yang tidak pandai berdiplomatik dalam mengemukakan hujah...
Post a Comment