Muammar Gaddafi
Pemimpin Libya yang
digelar "Iron Fist" Oleh pemimpin barat yang di kepalai oleh Obama telah
pun 'terkorban' dalam peperangan yang berlarutan selama 8 bulan.
'Mayatnya' pula telah dimalukan di hadapan orang ramai dan di letakkan
di dalam pasar raya. Muammar Gaddafi
telah memerintah Libya selama 42 tahun tetapi inilah harga yang dibayar
oleh NATO, UN terhadap beliau. Dan selama 42 tahun ini, sebahagian
media barat telah mengecop Muammar Gaddafi adalah pemimpin Islam yang
tidak membawa apa-apa kebaikan dan perubahan kepada rakyat Libya.
Amerika pula
mahu menjadi hero, kononnya Amerika sahajalah negara yang
mengaplikasikan demokrasi, negara Islam (kaya dengan minyak) semudahnya
di label sarang pengganas. Inilah yang terjadi di Iraq dulu. Kuasa
beralih tetapi kehidupan rakyat terus tertindas dan Islam makin
ditinggalkan. Kita dimomokkan selama 42 tahun pemerintahan Muammar
Gaddafi, beliau banyak melakukan pembunuhan, kaki perempuan dan diktator
yang mempunyai kuasa veto. Betul ke semua ini?
Keluarga Muammar Gaddafi
Klik gambar untuk besarkan
Operasi Ketenteraan di Libya
Amerika Syarikat telah membelanjakan AS$550 juta (RM1.67 bilion) 31/3/20011. Sumber dari Jabatan Pertahanan Pentagon mengatakan bahawa 60 peratus daripada kos berkenaan adalah untuk peluru berpandu dan bom
Kanada, UK, Perancis dan Italy juga terlibat dalam pemberontakan di Libya
Kerajaan dan pihak pemberontak
Perbandingan Peperangan Iraq Vs Libya
Kepentingan Perang Iraq Dan Libya (Minyak Dan Emas)
Campur tangan NATO dalam
konflik Libya hanyalah membawa kematian dan kemusnahan kepada Libya
yang dahulunya sebuah negara yang aman dan mempunyai struktur
pemerintahan yang kukuh. Libya telah mengesyorkan penarafan harga minyak yang adil di persidangan OPEC dan mereka menentang semua peraturan-peraturan dan undang - undang antarabangsa dunia barat.
Muammar Gaddafi pernah mengoyakkan Buku Piagam PBB pada Perhimpunan
Agong PBB yang ke 64. NATO tidak mempunyai hak untuk tampil sebagai
"Polis Dunia" dan ' perang ' ini sudah menyalahi undang-undang
antarabangsa.
Muammar Gaddafi yang
muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya,
mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang
disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya
itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak
buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda
protes terhadap kelemahan PBB.
Lebih 1.7 juta rakyat
Libya telah membantah terhadap pengeboman NATO. Kenapa rakyat Libya mahu
kerajaan dan bank yang dikawal oleh golongan elit (keluarga Gaddafi)?
Pada tahun 1951, Libya adalah negara paling miskin di dunia. Tetapi
selepas pentadbiran Muammar Gaddafi selama 42 tahun ini yang mereka
dapat
- Tidak ada bil elektrik di Libya. Elektrik adalah percuma untuk semua rakyat
- Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank di Libya adalah milik negara dan pinjaman yang diberikan kepada semua rakyat di 0%
- Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sedangkan dia isterinya dan ibunya masih tinggal di dalam khemah.
- Semua yang baru berkahwin di Libya menerima Dinar $60,000 (US$ 50,000) oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka untuk membantu memulakan keluarga
- Pendidikan dan rawatan perubatan percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25 % Libya celik pendidikan. Hari ini, angka itu adalah 83%
- Sekiranya Libya ingin mengambil pertanian sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan pertanian secara percuma.
- Jika Libya tidak dapat mencari kemudahan pendidikan atau perubatan yang mereka perlukan di Libya, dana kerajaan akan menaja sepenuhnya warga Libya ke luar negara kerana ia bukan sahaja percuma tetapi mereka mendapat tempat penginapan US$ 2,300 sebulan dan elaun kereta
- Jika penduduk Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan subsidikan 50% daripada harga petrol
- Harga petrol di Libya ialah $0.14 (N22) per liter.
- Libya tidak mempunyai hutang luar negeri dan jumlah rizabnya $150 bilion sekarang dibekukan di seluruh dunia
- Jika penduduk Libya tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, kerajaan akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia bekerja sehinggalah pekerjaan berjaya diperolehi.
- Sebahagian jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
- Seorang ibu yang melahirkan anak menerima AS$ 5,000
- Gaddafi menjalankan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek "Great Man Made River", untuk membekalkan air sedia ada di seluruh negara padang pasir.
Penentangan Rakyat Libya Terhadap Pencerobohan dan Pengeboman NATO
Gambar dibawah
menunjukkan ramai yang menentang pencerobohan nato. Tetapi gambar ini
jarang digembar-gemburkan. Sebaliknya gambar dan video penentang yang
diulang berkali-kali.
Artikel akan
datang, saya akan paparkan penipuan-penipuan media antarabangsa dalam
mencipta 'cerita' pencerobohan Libya dan kematian Ghadaffi ini.
2 comments:
DAN KINI KISAH BERULANG PULA KE SYRIA ! SELAGI ASSAD TIDAK DIJATUHKAN AMERIKA & BARAT AKAN BERUSAHA KERAS DENGAN BANTUAN 'RAKYAT' SYRIA SENDIRI !
Kenapa semasa Gaddafi perintah tidak di jalankan Hukum Islam, Hudud Qisas Takzir. Dan sekarang semasa Sheikh Mustafa Jalil baru menjalankan hukum Islam. Adakah ini bermakna baik pada mata manusia dgn membelakangkan hukum Allah itu sebenarnya cara Islam ? Dan sekarang NFC memerintah dgn Islam dan mengarah segala riba, arak dan lain lain punca maksiat itu adalah hasil dari usaha barat ? Anda perlu baca apa yang Gadafi kata kepada agama Islam itu sendiri. Memberi ribuan ringgit kepada rakyat itu baik bagi rakyat, anda boleh memberikan segala apa yang ada, tetapi kufur kpd hukum Allah itu menghapuskan segala galanya. Perlu di selidik bagaimana pihak Islamis negotiate dengan pihak Barat, dimana tidak diperlukan askar infantri untuk menentang Gadaffi, malah rakyat sendiri mengangkat senjata.
Masaalah Syria, mereka itu tidak mengucap, sembahyang, puasa, zakat, tidak mengerjakan haji, haram sembelihan mereka. Pemerintah Syria adalah Shiah Allawiah/Allawite, membunuh rakyat Sunnah sejak dari Hafiz Al Assad, paling awal di Homs, disitulah kubur Khalid Al Walid. Kalau nak disebabkan dengan Barat, Allah swt telah mengaturkan peristiwa ini. Dihantar pemerintah yang zalim, dibangkit kan rakyat yang marah, diakalkan kepada pihak barat untuk menjatuhkan Bashar. Mereka memuja dengan Bashar dengan.. Laillah hailla Basyar al Assad atau terjemahannya Tiada tuhan selain dari Bashar, anda boleh bertanyakan mereka yang balik dari Syria.
Post a Comment