Monday, February 13, 2012

Najib Mengadap Sultan Johor : Siapa Bakal MB?

Salam perjuangan, Hampir seminggu ini nama Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub dipopularkan dengan berita yang sensasi mengaitkan beliau sebagai bakal MB Johor jika PR diberi peluang oleh rakyat untuk memerintahkan negeri yang dipanggil sebagai negeri kubu kuat Umno no 1 di dunia.


Rata-rata masyarakat di Johor tertanya-tanya benarkah anak jati Johor ini akan pulang semula ke Johor setelah sekian lama merantau ke negeri orang iaitu negeri Kelantan. Pertanyaan ini dibuat berdasarkan kepada pelbagai persepsi namun apa yang dapat saya gambarkan secara umumnya bahawa Salahuddin Ayub bukanlah nama yang asing bagi orang Johor kerana beliau dilihat sebagai tokoh politik tanahair yang popular dewasa ini.
Popularnya Salahuddin bukan ketika beliau diamanahkan sebagai pimpinan PAS di Johor tetapi kerana peranannya sebagai pimpinan PAS di peringkat Nasional dan sebagai Ahli Parlimen yang berkesan sepaniang tempoh beliau diamanahkan sebagai MP Kubang Krian sejak tahun 2004. Salahudin pernah diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Johor daripada tahun 1989 sehinggalah ke tahun 1999 sebelum jawatan tersebut diamanahkan pula kepada sdr Mazlan Aliman (1999-2005) seterusnya Khairul Faizi Ahmad Kamil (2005-2011) dan kini diamanahkan pula kepada sdr Suhaizan Kaiat.
Saya percaya bahawa sejarah kepimpinan YB Kubang Krian ini tidaklah diketahui secara mendalam oleh masyarakat di Johor tetapi beliau lebih dikenali dengan peranan beliau di Parlimen.Keterampilan, bakat berhujah, fakta dan kreadibiliti beliau menjadi faktor yang memikat massa untuk menerima beliau.
Sebab itu, saya tidak terkejut dengan komentar YB Shahrir Samad apabila diminta untuk memberikan ulasan berkaitan dengan kemungkinan Salahudin akan dilantik sebagai MB jika PR memerintah Johor seperti mana yang disiarkan di dalam Sinar Harian beberapa hari yang lalu.
Apapun, perbincangan mengenai siapa bakal MB Johor di kalangan pimpinan PR bukanlah fokus utama pada kali ini tetapi apa yang penting adalah komitmen semua pihak untuk memastikan pucuk pimpinan kerajaan negeri Johor diterajui oleh PR.
Kenapa Najib Mengadap Sultan Johor? Tiba-tiba dilaporkan Najib Razak turun ke Johor untuk mengadap Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail pada petang ini. Laporan media menyebut bahawa Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau. Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.
Kedudukan Ghani Othman sebagai MB sememangnya telah diketahui umum bahawa akan berakhir sehingga pembubaran Parlimen yang akan datang namun bakal pengganti beliau daripada kalangan pimpinan Umno/BNmasih belum dapat ditentukan namun spekulasi telah menamakan beberapa individu yang dilihat mampu meneruskan agenda BN di Johor.
Siapapun yang Najib inginkan sebagai bakal pengganti Ghani tidaklah perlu saya catitkan di sini kerana bagi saya itu hasrat yang tersirat di dalam diri beliau tetapi apa yang penting kedudukan Najib sendiri belum tentu selamat sebagai PM kerana hadrat PR bukan sahaja ingin menjatuhkan BN di Johor seterusnya melangkah ke Nusajaya sebagai pemerintah yang baru tetapi hasrat dan cita-cita kami lebih jauh daripada itu. PR sedang hampir ke Putrajaya dan ketika amanah diberikan kepada PR untuk memerintah nanti, PM yang akan dinobatkan sudah tentu bukan orang yang bernama Najib Razak.

1 comment:

Amuraria said...

TAK APA KEJADAH DAH NAK BAGI KAT SINGAPORE LAGI ,HABIS UMNO-BN DAH PELINGKOP DARI PULAU DAMPAI KETANAH ! MEMANG PARTI UMNO-BN PENGKHIANAT NEGARA SEKIAN LAMA MEROSAK SEGALA HARTA NEGARA DAN TERKINI BERIBU-RIBU WARGA ASING ENTAH PENGGNAS TAMIL TIGER KA SIAPA TAHU DAPAT WARGA NEGARA MALAYSIA ! SELAGI UMNO-BN PERINTAH MALAYSIA HABISLAH DISAUK & REMBAT APASAJA YANG BERNYAWA ATAU BANGKAI ! APA PUNYA TURRR SEKOK NIH !

Search This Blog