Ku Li memang dari dulu kritikal dan berani menegur kepimpinan Umno. Beliau berani menyatakan apa sahaja tentang Umno.
Hari
ini beliau mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak
diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.
Katanya,
adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian
apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana
Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.
Beliau
juga berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global
Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya
kepada masa depan peneroka.
Ahli
Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata,
beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti
pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran
terbuka.
Apabila
terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak
asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga
sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya
akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset
tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
No comments:
Post a Comment