Susulan pendebatan antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim
Guan Eng, persoalan utama yang timbul bukan siapa yang menang tetapi
bagaimana ia boleh berubah tentang sikap rakyat Malaysia mengundi pada
pilihan raya umum ke-13 nanti.Dan jawapannya mungkin tiada.
Dalam hujah Lim semasa di awal pendebatan semalam: “Saya rasa apa
yang semua rakyat Malaysia mahu saksikan bukan pendebatan kami tetapi
Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).” Tetapi tidak mungkin
Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang akan berdebat sebelum
pilihan raya umum diadakan.
Lim dan Dr Chua berdebat dengan disiarkan secara langsung mengenai isu-isu berbangkit yang sering dipersoalkan sebelum ini.
Dr Chua, dalam hujahnya berkata DAP merupakan “alat” kepada PAS untuk
melaksanakan hukum hudud dan menyifatkan Lim sebagai seorang pemimpin
muda yang sombong.
Sementara Lim mensasarkan kepada Umno dan skandal rasuah yang menjadi kekuatan Pakatan Rakyat.
Tetapi rakyat Malaysia — terutamanya pengundi minoriti Cina yang
memahami pendebatan dalam bahasa ibunda kaum itu — menentukan siapa yang
akan mereka undi selepas menyaksikan pendebatan itu semalam?
Persoalan ini berbangkit kerana peluang adalah apa yang sentiasa berada dalam fikiran pengundi.
Namun ia bergantung kepada pilihan mereka, debat semalam akan
mengukuhkan lagi pandangan mereka terhadap tawaran yang diberikan
Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
Jika melihat dari sudut itu, DAP mungkin memperoleh kelebihan paling banyak dari debat semalam.
Bagaimanapun Dr Chua melakukan yang terbaik daripada jangkaan, Lim
menggunakan platform debat itu untuk menyampaikan mesej tentang mengapa
pengundi Cina tidak menyokong BN pada pilihan raya umum 2008 dan akan
terus berbuat demikian.
Antara isu yang memberi kelebihan kepada Lim adalah mengenai skandal
Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan Pusat Fidlot Nasional
(NFC).
Dr Chua pula mendapat kredit kerana mengutarakan hujah bahawa
sokongan terhadap DAP akan membuka pintu kepada PAS untuk laksanakan
dasar Islam.
Tetapi anggota strategi MCA perlu bertanya kepada diri sendiri jika isu itu benar-benar menarik sokongan pengundi Cina.
Kegusaran yang berlaku di kalangan pengundi bukan Melayu adalah
mengenai kontroversi bangsa dan agama yang menjadi dasar Umno dan BN.
Dan ramai di kalangan pemimpin MCA secara peribadi mengakui pengundi Cina tidak senang dengan Umno bukan PAS.
Umno, kerana dilihat sebagai sebuah parti yang memegang kuasa dan
disebabkan skandal-skandal yang berlaku menarik tumpuan bukan sahaja
komuniti Cina tetapi semua rakyat Malaysia.
Jadi pendebatan semalam penting kumpulan penyokong dari DAP dan PAS,
ditambah dengan nilai hiburan yang turut disaksikan pemerhati politik.
Sebaik sahaja debat itu berakhir, wakil dari DAP dan MCA dengan
pantas membuka laman sosial Twitter dan Facebook, menggunakan
Blackberries, iPhones dan Androids untuk melihat siapa yang menang.
Malangnya, ia tidak relevan untuk memenangi pendebatan itu jika terdapat cara lain untuk melihat siapa yang lebih baik.
Akhirnya, persoalan sebenar bagi rakyat Malaysia — dan bukan hanya
komuniti Cina — akan hadapi apabila tiba pilihan raya umum ke-13 sama
ada mereka lebih bijak berbanding pilihan raya umum 2008.
Namun pendebatan semalam tidak relevan untuk menjawab persoalan itu.
No comments:
Post a Comment