SEMEMANGNYA kuasa itu akan korup apabila seseorang  memegangnya buat tempoh lama. Itulah yang berlaku terhadap sesiapa pun  termasuk golongan wanita.
 Memanglah wajar Ketua  Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil marahkan 
Ketua Wanita KeADILan,  Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli; anak muda 
yang mendedahkan skandal  lembu Feedlot. Lewat ucapannya, Shahrizat 
menyelar Zuraida sebagai  biadap sebab menyuruhnya meletak jawatannya 
sebagai Ketua Wanita Umno.
Itulah 
sebabnya punca Shahrizat marah-marah. Iaitu Zuraida telah ‘mengusik’ 
jawatannya gara-gara isu lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang 
dikendalikan oleh suaminya lalu, Shahrizat mencabar Zuraida agar 
mendesak Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah memecat Anwar Ibrahim sebagai 
Ketua Umum KeADILan terlebih dahulu.
 Hujah 
Shahrizat lagi, jikalau beliau diminta berundur bagi menerajui Wanita 
Umno cuma gara-gara suaminya, lalu hal yang sama patut dilaksanakan Wan 
Azizah kerana suami beliau sudah lama menguasai parti berkenaan.
 Lojik berfikir beliau tentang hal ini masih kabur. Ini kerana, Wan 
Azizah tidaklah memberi projek keuntungan buat Anwar seperti mana 
Shahrizat mengagih keuntungan lembu feedlot itu hanya kepada keluarganya
 sahaja melalui sebuah syarikat yang diterajui oleh suami beliau.
 Jadi isu di sini adalah berkaitan skandal, keuntungan bila mana jawatan
 sudah menjadi sumber keuntungan peribadi dan keluarganya. Kedudukan 
jawatan yang dicapai seseorang dengan sebab adanya dorongan lain 
daripada keluarga mereka dalam parti itu masih juga boleh didebatkan 
dengan lebih perinci.
 Ini kerana, jawatan tidak semestinya menandakan seseorang itu akan berbuat keuntungan.
 Begitu juga jawatan Ketua Umum yang tidaklah jelas bermotif keuntungan.
 Jadi, hujah Shahrizat terbatal di sini. Atau mungkin Shahrizat 
marah-marah itu kerana terkesan dengan kenangan lama juga setelah 
terguling di Lembah Pantai selepas ditolak para pengundi yang mula 
menyokong anak muda seperti Nurul Izzah di kawasan Parlimen itu?
 Apakah benar Shahrizat dan Umno mula berasakan penangan anak-anak muda mutakhir ini?
 Ini kerana, yang turut diselar adalah Rafizi juga sebab beliau 
bertanggungjawab mendedahkan skandal yang terpalit ke atas Shahrizat. 
Arakian, gara-gara pendedahan itu, Rafizi diselar sebagai Tanggang muda 
pula.
 “Dia (Rafizi) boleh pergi ke sekolah dan 
belajar itu kerana apa? Itu kerana berkat perjuangan kaum ibu yang ada 
di sini..." kata Shahrizat disambut pekikan soraksorai perwakilan Wanita
 Umno itu. Lalu, beliau menyambung,, "Kini beliau menjadi anak 
menderhaka, menjual agama dan penghancur bangsa."
 Banyak hal juga yang boleh ditelaah dengan sebab kemarahan menyinga 
Shahrizat dengan tiba-tiba ini. Berkata Shahrizat, selepas menyinsing 
lengannya itu, beliau berkata, boleh selak kain juga. Tetapi, untuk 
bersangka baik, adalah lebih afdal dikaitkan selak kain itu untuk 
berpencak silat dan bukan tujuan satu lagi.
 Nampaknya, itulah masalah yang menimpa para pemimpin Wanita Umno pada hari ini.
 Sebelum ini, Rafidah Aziz memegang jawatan itu dalam suatu tempoh yang 
agak lama juga. Apabila seseorang mula memegang kuasa itu dalam tempoh 
yang lama, maka kuasa itu akan dihinggapi barah korupsi.
 Lihat salah satu masalah Rafidah yang terkait dengan menantunya Fazrin Azwar Md Nor itu.
 Beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di 
MITI, di mana Rafidah meluluskan RM1.5 juta saham Syarikat Leader 
Universal Holding Berhad kepada menantunya.
 Hal 
ini dilaporkan Anwar Ibrahim sebagai salah guna kuasa Peguam Negara 
Abdul Gani Patail, merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, 
Pejabat Peguam Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani Abdul 
Ghani jelas menunjukkan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa 
Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah Seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970.
 Rafidah bagaimanapun masih bebas dan tidak didakwa sehingga ke hari 
ini. Barangkali, Rafidah telah pun terhukum di bawah undang-undang 
mahkamah Umno, iaitu letak jawatan jika anda ada masalah rasuah. Hanya 
itulah sahaja caranya Umno mahu menyelesaikan masalah dalam kalangan 
ahli tertinggi mereka. Mereka tidak dibawa ke mahkamah sebaliknya 
dihukum untuk meletakkan jawatan.
 Jika Shahrizat 
mahu dihukum oleh PM Najib Razak dengan cara sebegitu pun boleh juga. 
Tetapi Najib perlulah fikirkan siapakah pengganti Shahrizat lepas ini.
 Tentang hal lembu NFC yang masih tidak kunjung selesai itu, maka boleh diadili rakyat dalam pilihan raya.
 
 
2 comments:
salam PC,
apa yg anda tuliskan itu memang ada asasnya tentang keraguan org ramai terhadap ketelusan yg dipraktikkan terhadap isu NFC yg membabitkan ketua wanita umno.
saya bersetuju dengan penulisan anda sekiranya isu kronisme yg di'highlight'kan. dan rasanya ramai lagi di luar sana yg sependapat dgn anda.
tetapi malangnya contoh-contoh amalan kronisme yg anda berikan hanya berlegar kepada parti pemerintah/ kerajaan sahaja tidakkah contoh-contoh nepotisme dan kronisme ini juga berlaku di dalam parti-parti pembangkang yg mana kebanyakan pemimpin-pemipinnya juga terdiri drpd mereka yg sudah lama memegang tampuk kuasa?
seperti TGNA dengan menantunya, khalid ibrahim dgn abgnya dan DSAI...bersama ahli-ahli keluarganya... adakah itu semua terkeluar drpd skop kronisme anda?
hakikatnya benar, kuasa boleh menggelapkan mata kita semua kerana ujian tuhan bukan sekadar kesusahan tetapi kesenangan itu juga sebenarnya adalah satu ujian.
oleh yg demikian marilah kita memerangi kesemua anasir2 ini tanpa mengira sesiapa yg melakukannya. kerana kesalahan itu tidak memilih rupa. kalau betul ingin berjuang teruskan usaha anda tapi biarlah dgn kejujuran keikhlasan.
wallahu alam.
saya membenci semua perbuatan rasuah dan berunsurkan kronisma tak kira dalam apa parti pun....umno mendahului kejahatan dalam apa jua bentuk pun....PKR dilihat terbawa bawa perangai UMNO apabila pemilihan pemimpin pusat berlaku "politik wang"(rasuah)tetapi tiada tindakan diambil(dilindungi pemimpin teratas) sehingga orang orang seperti Cikgu Bard terpinggir dari parti...dan akan menyusuli lebih banyak nanti kronisma dan budaya "arahan wahyu" dalam memilih calun dalam PRU 13 dengan membelakangi Cabang Cabang yang lebih maklum siapa calun yang boleh diketengahkan....
Post a Comment