BUKANKAH ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji  selidik yang dikeluarkan pada minggu
 lalu menunjukkan seolah olah Perdana  Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib
 Tun Razak dengan bibir merah jambunya  yang hanya berjaya memenangi 
separuh pengundi di Pekan terus kekal  popular?
Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat.
 Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.
 Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti 
pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka 
ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak 
dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang 
sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan.
 Isteri beliau, Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya 
politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang
 sudah pun diketahui ramai.
 Dia seolah-olah tidak
 dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri 
seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang 
degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang 
awam.
 Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh 
membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan 
Abdullah Badawi di saatsaat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia 
Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori 
bayangan beliau. Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana 
sekalipun dia berdoa.
 Kes bunuh tersebut 
menghantui beliau di mana jua beliau berada dan itu adalah seperti 
tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang 
penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, 
ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah 
sebabnya beliau cuba memandang remeh kes tersebut. Malangnya tiada 
sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu.
 Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik.
 Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan 
memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan
 mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti.
 Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi
 dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda 
bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi.
 Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan 
Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion 
ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini
 yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul 
Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa
 kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan 
belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak 
penjelasan sebelum PRU 13.
 Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada PRU-13.
 Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, 
peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang 
tergantung di lehernya.
 Beberapa pihak yang 
berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, 
lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim 
meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan 
seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada 
konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I 
Pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Kes Liwat 1, telah dicipta oleh 
bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga 
yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan 
pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh 
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
 Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya.
 Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan 
meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. 
Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya.
 Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya.
 Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan 
selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan 
pembangkang.
 Selain Perak, PR sedang memburu 
Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan 
Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak 
pendatang haram dalam daftar pemilih di sana.
 PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih.
 Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa 
Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada
 setiap segi dan sudut.
 Beliau sekarang sudah 
nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang 
ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I.
 Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga 
pengkhianatan terhadap orang kuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah 
dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno 
dengan Mahathir.
 Razaleigh tidak pernah 
memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga 
tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR.
 
Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah 
Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di 
mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi 
dalang.
 Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri.
 Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan
 mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan 
beratusratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan 
awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan ‘kaji 
selidik’ populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada 
ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST.
 Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara 
terangterangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun 
tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera!
 Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan 
hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapa pun boleh meneka 
bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba.
 Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia 
menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang
 telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya 
bukanlah orang itu.
 
 
No comments:
Post a Comment