Benarkah 'kenyataan' ini?
Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.
Semuanya
 telah dirancang rapi bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku 
dengan sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang 
sudah sekian lama terancang. Sungguh memalukan jika kita membaca kembali
 buku-buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepentingan segelintir
 manusia. Malaysia adalah projek kolonial yang sekian lama dirancang. 
Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937 
(gambar di bawah).
Pak Said Zahari
Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya, menggulingkan presiden Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dalam terbitan dokumen-dokumen rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)
Bermula
 dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi 
Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan 
Indonesia ke Malaysia yang dipercayai disabotaj oleh Jeneral Suharto,
 apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal 
pasti telah bocor rahsianya atau mungkin disebabkan kecekapan risikan 
tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno
 ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya 
membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang 
didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.
Nama
 Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak 
dicatatkan di dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, 
Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul 
buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson
 yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan
 geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara. 
Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.
Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules
Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.
Gagasan
 A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson 
menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah
 Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei pada
 saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah 
naungan jajahan Inggeris sehingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula
 menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpecah selepas itu.
Batu peringatan penubuhan Malaysia
Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yang gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.
Jadi bukan Tunku Abdul Rahman
 lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita. Dan sudah
 tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur siapa yang
 patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh 
negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?
Tunku Abdul Rahman Mengumumkan pada media tentang keberangkatannya ke London untuk memeterai penubuhan Malaysia.
Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British.
Oleh
 itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan 
terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh
 kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak 
langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah
 Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan
 kepada diri saya sendiri. Saya
 dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak 
dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan 
cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang
 mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak 
dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui 
oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya 
itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)
Apa Maksudnya?
Ini Realitinya:
Sedikit mengenai 'agenda' mereka untuk semua orang Malaysia yang membaca artikel ini:
1.
 'De-Islaming the Islamic belief' melalui perkara-perkara mistik 
(menerapkan kepercayaan mistik seperti Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu 
yang dikawal oleh Orientalist)
2.
 Merosakkan ‘Kitab Suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran teori 
evolusi (idea Darwin. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)
3.
 Mereka (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) yang menyerahkan 
 segala jiwa dan raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER‘ 
untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.
Pecah,
 kuasai dan musnahkan kepercayaan tauhid dan agama merupakan agenda 
mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan 
rahsia dengan ahlinya yang tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan
 cukup berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dulunya 
berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan 
Amirika sekutu kuat England.
Walaupun
 pada dasarnya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada 
agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi
 keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada 
hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah 
mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya 
telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan 
agenda jahat mereka.
Jika
 tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat 
tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan hiburan adalah 
jawapannya. Adakah mereka betul-betul pedulikan kamu? Tidak sama sekali.
 Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan. Dan
 akibatnya:




 
 
No comments:
Post a Comment