"Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“Apa
itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin
lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang
ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah
mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini
adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun
lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan
oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah
keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun
ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada
tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi
kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik
persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas
sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata.
Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
The Creature From Jekyll Island
Jabatan
ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika
Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan
memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga
hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia
termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang
berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan
penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan
British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan
berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara
umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya
ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa
demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama
dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul
pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank
Negara-negara
dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas
masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika
mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun
ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai
sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan
rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32
bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan
terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain
memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika
masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan
sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya,
semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang
bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas
tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam
jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
“Orang-orang
yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir
berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu
kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang,
‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai.
Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak
mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas,
perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia
hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak
semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang
kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang
kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang
kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi
dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang
mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar
‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas
penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.
Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak,
semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi
berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
Sejarah
membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda
krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu
tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di
Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi
mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan
berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai
Selain
wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka
dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi
kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa
aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang
berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah
contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi
menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu
langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini
sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar
Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem
ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak
bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran
sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian
deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang
didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang
boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini
adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah
kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada
pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan
pengekalan kuasa.
Apabila
semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan
menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini
menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang
kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang
yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan
sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu
menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu
tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam
pendapatan.
Orang
sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis
pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada
hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua
orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila
masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga
boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas
wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila
Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat
mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya
sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah
manusia.
No comments:
Post a Comment