Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik
yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara
sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom
yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk
otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua
aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh
adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik
yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).
Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik
Oleh
itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah
Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat
menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi
kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak
menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak
mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak
sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Majalah Scientific American, Disember 1993
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Ujian imbasan PET
Dalam
kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya,
apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang
kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan
mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama.
Ini
sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang
yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai
ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang
kering.”
Oleh
itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui
mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan
mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment