posted by Al Baith
Sebenarnya...kita sendiri lah yang secara tidak langsung menjadi 'tuan' kepada semua itu !!Mikro organism itu terus hidup dengan 'bekalan makanan' dari kulit mati serta rembesan peluh yang di keluarkan oleh tubuh kita. Cuba bayangkan....kalau ditambah lagi dengan air liur basi yang menitis dan entah 'apa-apa lagi'....cuba bayangkan betapa 'kroniknya' laman tidur kita !!!. Oleh yang demikian, jangan sesekali memandang remeh terhadap kebersihan tempat tidur kita. Pelbagai penyakit mungkin datang, seperti gatal-gatal, jerawat yang tiada penghujungnya, juga kelemumur.Selain itu, ia juga boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan pernafasan ( penyakit TB, asma, sinusitis), depresi, insomnia dan sebagainya. Untuk mengawal semua gejala tersebut, maka ada sedikit panduan (tips) untuk dijadikan perhatian.
Ketrampilan tempat tidur perlu di beri perhatian !! |
Cadar dan sarung bantal ini mestilah digantikan atau di cuci secara berkala. Jangan biarkan ia digunakan tanpa di cuci dalam tempoh yang lama....seperti yang menjadi amalan orang bujang !!! Kalau membasuhnya adalah lebih elok dengan air panas supaya dapat membunuh semua mikro organism yang telah lama bermastautin di situ !! Kalau malas...hantar saja ke pusat dobi !!
# Kesesuaian fabrik tempat tidur
Seelok-eloknya pilihlah fabrik yang besesuaian seperti yang tidak 'panas', lembut, nipis supaya kotoran kurang terperangkap dan sesuai dengan cuaca. Jangan pilih yang kelam warnanya kerana 'tak nampak kotor' pada hal keadaan adalah sebaliknya.
# Amal bersihkan diri sebelum tidur.
Jangan balik dari kerja, bersukan atau sebagainya, terus saja 'terjun' ketempat tidur tanpa terlebih dulu tukar pakaian atau mandi.
Segalanya ada menjadi teman anda !! |
# Jaga kekemasan tempat tidur
Kemaskan cadar, bantal serta selimut setiap kali bangun dari tidur. Jangan lambakkan tuala atau pakaian lain yang kotor dan belum di cuci di atas tempat tidur kerana ini akan menyumbang kepada perkembangan pembiakan mikro organism dan bau yang kurang enak. Pastikan tingkap atau pintu bilik tidur sentiasa tertutup bagi mengelakkan habuk masuk secara berlebihan.
Betapa tenangnya suasana....!! |
# Jadikan tempat tidur sebagai 'eksklusif'
Hindarkan tempat tidur ada dari menjadi tempat 'parking' kawan-kawan seperti mana di asrama sekolah. Ia sebenarnya tempat istimewa anda !! Ini dapat mengelakkan mereka yang mempunyai masalah kulit dari 'menyebarkan ancaman atau virus nuklear' mereka ke tempat beradu kita !!
Dengan mengamalkan serba sedikit pertua ini, adalah diharapkan kita mendapat tidur yang berkualiti. Tidur berkualiti...walau pun sedikit, tapi sangat sempuna dan boleh menyumbang kepada kesihatan diri !!!
No comments:
Post a Comment