William Ewart Gladstone
(1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan
"Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah
mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu
pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat
Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat
Islam terhadap penjajahan.
Theodore Hertzel,
pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi :
1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun
yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi
lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah
mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang
Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup
semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah
menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan
tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.
Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan:
“Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan
di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan
bangkit.”
Samuel Zweimer,
Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para
orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi
yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk
melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah
untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini
adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan
kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia
menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak
yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti
kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di
dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi
ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan
perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan
mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya
kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang
dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat
terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta
berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila
mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan
ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap
benda demi memuaskan nafsunya. Wahai
para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka
sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”
Fidel Castro,
pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli
diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana
yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba,
Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan
perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan
gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun
api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat
keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain
yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga
kepentingannya. Israel
juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya
sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan
terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai
ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara
sosialis Israel.”
Callaghan,
bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang
berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan
wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.
Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.
Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.
Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Jewish Cronical, majalah
Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam,
lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam
rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik
Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka
membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh
akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam,
seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada
pengajaran Islam yang asas.”
Lawrence Brown,
“pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa.
Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap
ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya
Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi
adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita,
begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang
menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar
terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang
serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger
menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan
kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah
lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam.
Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang
boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa
beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason,
“kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya
menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang
haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada
agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis, “arak
dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat
Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu
tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx,
pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada
akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung
drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan
kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen,
seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas
bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan
Islam).”
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Renungkanlah.
1 comment:
mohon share utk dsebarkn pd kwn sya
Post a Comment