AL-FALAK atau Astronomi
merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk
dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak
dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
Secara
tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang
dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang
membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena
yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.
Fenomena
matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan
pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian
ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu.
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud):
Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.
Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?
’Retrograde Motion’ merupakan
satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang
berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada
Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi.
Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia
mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang
hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau
bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah
bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya
yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet
Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke
barat.
Retrograde Motion, pergerakan orbit yang berlawanan
National
Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet
Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena
ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?
Apabila
kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke
timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih
bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini
mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai
medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh
masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para
saintis dunia.
Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?
Ia
boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu
beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain
pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan
ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan
hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau
gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan
orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan
sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari
berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka
mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan
para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.
Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?
Ia
bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks
untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita
ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari
sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.
Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?
Pergerakan
Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan
Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat
dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan
dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut.
Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut
memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan
sistem kepada Bumi.
Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?
Fenomena
ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang
besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan
asteroid di Chicxuclub,
Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada
tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah
dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata
kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu.
Chicxulub crater , kesan hentaman asteroid yang tak dapat dilihat oleh mata kasar
Komet
adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak
mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan
batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan
hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang
berlaku di Hiroshima.
No comments:
Post a Comment