Peter Casey tidak kekok solat di tempat awam
Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian.
Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada
agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini
memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.
Peter Casey
Kini
namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat,
mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam
tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut
agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di
negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam
yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan
keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.
Beliau
sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang
menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali
untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah
minum di sana dan waktu solat telah tiba.
Lelaki
bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya.
Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip
dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.
Sebagai
seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar
belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya
'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey
untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia
berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.
Tempat Casey dibesarkan
Casey dibesarkan di pinggiran Long Island
oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian
Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah
sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi
mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.
"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.
Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey
Selepas
serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula
berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar
WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia
maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di
sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk
akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi,
seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak
kurang dari itu.
"Ketika
saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini
adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.
Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn,
telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian
masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui
perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif
berdakwah melalui blognya, Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.
"Ketika
baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini,
ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang
mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang
Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?',"
Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak
ada orang lain yang akan melakukannya."
Saluran
Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir
setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus
bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di
salurannya.
Namun,
dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya
mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya,
"Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan
saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan
telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. "
1 comment:
Salam,
he's one cool dude!
Post a Comment