Di negara kita apabila Pas hendak laksanakan hudud ada dua golongan yang menentang, satu adalah orang yang mengaku islam dan satu lagi orang bukan islam. Yang bukan islam menentang memang mudah diterima kerana pemahaman yang kurang tentang agama islam, tapi yang peliknya apabila orang yang mengaku islam pun menentang juga. Tidakkah mereka sedar perbuatan menolak hukum dan perintah allah itu boleh menyebabkan akidah dan iman kita rosak...bahasa mudahnya murtad. Kita tidak boleh ambil separuh dan buang separuh kandungan dan perintah yang terdapat didalam al-quran. Apa lagi alasan yang ada untuk tidak melaksanakan HUDUD dinegara kita.....tidak sesuai kerana negara kita mempunyai masyarakat majmuk....sebenarnya alasan itu mempertikaikan kekuasaan allah taala.
Sepatutnya, Pemimpin yang mengaku menjunjung agama islam di malaysia mengambil pendirian seperti SULTAN Brunei. SILA LIHAT DAN BACA PETIKAN DIBAWAH.
Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat
keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,
serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Baginda
yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis
Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi
ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah
ada.
Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang
terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan
tidak manusia.
"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.
"Apa
lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah
yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah
mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.
Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.
Sehubungan
itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah
dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.
5 comments:
Hudud adalah hak Allah maka pelaksanaan nya adalah dituntut dikalangan umat islam namun jangan sampai agama islam terfitnah sekiranya prasarana untuk pelaksanaan hudud itu belum sempurna. Saya menyokong mana2 pihak yang memerintah untuk melaksanakan hukum ini walaupun dah 20 tahun menunggu TG Nik Aziz melaksanakannya. Persoalannya ialah jika Pakatan Rakyat memerintah adakah puak2 ini akan melaksanakan hukum hudud ini? Jika puak2 PR ini tidak melaksanakan hukum hudud ini adakah penyokong dan blogger macam tuan ini sangup berjihad memerangi puak2 ini dengan apa cara sekali pun? Pepatah inggeris menyebut "talk is cheap" sebagai penyudah ungkapan untuk BN mahupun PR.
Ha...ha..ha...!!!! Ko penah tinggal kat brunei ker???
Maksud Sultan Brunei tu ialah "melaksanakan undang2 berlandaskan syariah Islam" tanpa lebih spesifik menyatakan hukum hudud!!!
Janganlah jumud sangat. Lagi pun saya percaya, Hassanah Bolkiah tidak akan berani untuk "menghududkan" negaranya, takut terkena batang hidung sendiri!!! (Jefri, adik sultan brunei ada penjelasannya).
U/P: Bahasa rasmi Brunei ialah bhs Inggeris... lagi mo hudud????
Kesimpulanya, jika anda tidak tahu atau tida pasti pasal negara Brunei, anda dinasihati jgn meneluarkan kenyataan mengikut suka mak bapa anda. Aceh pun ditimpa bala disebabkan 'bida'ah' yg mereka lakukan, pun ada hati nak menyentuh nagara org lain???
kalau nak tahu...akta jenayah islam tu hudud la....cuba baca betul-betul kenyataan sultan brunei tu....
Minta maaf.. akta jenayah Islam : hudud, qisas etc..
Bahasa rasmi Brunei ialah Bahasa Melayu sesuai dengan konsep negara MIB (Melayu Islam Beraja). Inggeris merupakan bahasa pengantar sahaja :)
pemuda cheh.....
sy sokong jaa apa yg sedara tulis kat sini...yg heran nya ada jgak manusia yg tk berapa reti tu nak komen...menyampah.
Post a Comment