Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S
sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan
tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud
A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik
sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan
ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata
kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan
kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha
illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap
malam sebanyak 1000 kali.
Setelah
ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud
A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah
darimu?”
Akhirnya
Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat
tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S.
pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah
sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah
dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri
kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi
bukanlah untuk kita ingati sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi
hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang
rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang
sama-sama kita tumpangi ini.
Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan. Ini menunjukkan manusia begitu jauh dengan agama. Kebanyakan mereka menjadi sangat kejam disebabkan faktor duit.
Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan. Ini menunjukkan manusia begitu jauh dengan agama. Kebanyakan mereka menjadi sangat kejam disebabkan faktor duit.
No comments:
Post a Comment