Thursday, December 9, 2010

Penahanan Khir Toyo: Sandiwara atau ‘korban’ politik?

Akhirnya kena juga Khir Toyo. Namun perbicaraan itu belum lagi dapat dipastikan akan ketelusannya.
6 Disember lepas, Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah.
SPRM menahan Khir Toyo di pejabatnya di Shah Alam sebelum dibawa ke mahkamah.


Laporan Malaysiakini, Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

Manakala Shamsuddin juga didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Namun kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang.

Tidak mustahil ada udang di sebalik batu. Tak pelik jika ianya hanyalah sandiwara Barisan Nasional (BN) sebelum menghadapi pilihanraya. Konon depa bersungguh-sungguh membanteras perlakuan rasuah dalam BN. Konon BN cuba untuk pembaharuan.

Mungkin ada rakyat yang tertawan dengan lakonan itu. Yang pasti, pendakwaan itu hanyalah bagi yang sudah tidak berjawatan dan mungkin dengan kata lain, orang yang sudah tidak diperlukan lagi dalam Umno-BN.

Dah jadi tabiat BN, mana-mana aktivis politik BN yang sudah tidak diperlukan akan ‘dikorbankan’ untuk memberi gambaran kepada rakyat, BN sudah kembali ‘suci’. Sejarah telah membuktikan, boleh dikatakan yang kena dakwa kebanyakannya adalah yang sudah tidak berjawatan.

1 comment:

opisboi said...

bukan sandiwara tapi satu lagi JENAKA BANGSAWAN diskripkan olih SPeRM & Pengarah Terbaik UMNGOK 10 tahun berturut : Haji GUNNY PERgram

Search This Blog