Thursday, December 9, 2010

Rogol Isteri! Boleh tak?

Merujuk berita dari Melaka: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu. Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi. Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan.

Seksyen ini diluluskan ketika Syahrizat menjadi Menteri hal Ehwal Wanita sebagai satu tindakan yang boleh diambil terhadap suami mengikut Seksyen 375A iaitu satu seksyen baru yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004. Seorang suami yang mencederakan isterinya, walaupun hanya dari segi mental, termasuk menyebabkan "stress" atau tekanan, bagi mendapatkan hubungan seks, boleh didakwa dan dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Seksyen ini didesak oleh beberapa pertubuhan NGO termasuklah SUHAKAM dan Sisters In Islam. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman ketika itu meminta kerajaan menjadikan tindakan suami `merogol' isteri sendiri sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan negara ini. Beliau menegaskan, Suhakam menganggap perbuatan suami yang melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia.

``Artikel Dua Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita menggariskan perbuatan suami merogol isteri (marital rape) sebagai perbuatan ganas yang menafikan hak asasi dan kebebasan asas wanita,'' katanya.

Malaysia, tambah Abu Talib, sudah menandatangani deklarasi tersebut bagi peringkat ASEAN pada 30 Jun lalu. Satu lagi alasan yang diberikan ialah mengikut Artikel 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB, setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan. Kenyataan ini disokong oleh pertubuhan Sister’s In Islam.

Selepas ia diwartakan, antara mangsa pertama seksyen ini ialah seorang warga Terengganu.

Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan KUALA TERENGGANU 17 Jun 2007. Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat kali sebatan terhadap seorang lelaki atas tuduhan merogol isterinya. Hakim Zainal Azman Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Zainal Muda, 38, berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan selepas mengambil kira perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang mengarahkan supaya pasangan itu dipisahkan serta tidak melakukan hubungan seks sebelum kejadian berlaku. Mengikut kertas pertuduhan, Zainal dari Kampung Durian Mas, Manir di sini dituduh merogol isterinya di rumah Lot 16061, Kampung Hulu Takir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.45 pagi pada 10 Mac 2005. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama. Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam J. Chandra.

Dalam Islam sepatutnya tiada istilah rogol terhadap isteri dan tidak dikategorikan sebagai jenayah. Permasalahan keganasan rumah-tangga itu adalah permasalahan berbeza. Tetapi itulah kekeliruan yang berlaku di Barat dan membawa kepada perjuangan hak-hak wanita mereka demi kebebasan mengikut takrif mereka sendiri.

Jika sekiranya masing-masing suami maupun isteri mengamalkan ajaran Islam, nescaya tidaklah berlaku perkara-perkara pelik dan ajaib diakhir zaman ini. Al-Quran mengajar antara hak dan tanggung-jawab suami maupun isteri dalam member dan menunaikan nafkah batin mereka. Firman Allah Swt

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Al-Baqarah : 223

Keperluan batin suami itu merupakan tuntutan yang perlu diselesaikan bahkan seorang isteri dituntut agar tidak melakukan puasa sunnah sedangkan suami berada di rumah kecuali dengan izinnya, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
Tidak boleh bagi isteri melakukan puasa (sunnah) sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya.” [Mutaffaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/295 no. 5195), Shahiih Muslim (no. 1026)]

Ia diperintahkan demikian kerana kerana dibimbangi kalau-kalau suaminya berhajat untuk melakukan hubungan jenis dengannya. Tidak segia isteri menolak jika suami mengajaknya melakukan hubungan intim karena Rasulullah Saw bersabda:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tapi ia menolak untuk datang lalu sang suami marah sepanjang malam maka para Malaikat melaknatnya (sang isteri) hingga datang waktu pagi.” [Muttafaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/294 no. 5194), Shahiih Muslim (II/1060 no. 1436), Sunan Abu Dawud (VI/179 no. 2127)]

Dan di dalam hadis yang lain baginda bersabda,
Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, maka hendaknya sang isteri melayaninya meskipun ia sedang berada di atas unta.” [Shahih: Shahiih al-Jaami' as-Shaghiir 534, Sunan at-Tirmidzi (II/314 no. 1160)]

Adapun persoalan tuntutan berakhlak baik terhadap isteri maupun manusia hatta binatang adalah suatu yang tidak dipersoalkan. Bahkan Rasulullah Saw model dan qudwah dalam hal ini. Arahan Allah Swt sangat jelas dalam firmanNya:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.” (Surah an-Nisaa, 19)

Bahkan Nabi sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya. Baginda SAW bersabda sebagai berikut, “Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!”

Imam Nasa'i meriwayatkan dalam bab ini dari Aisyah r.a. sebagai berikut, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya sama sekali; dan baginda sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah) atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka baginda menghukum kerana Allah.”

Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan al-Baihaki dari Ummi Kalsom r.a," orang-orang yang baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya."

Yang penting agar kita tidak membezakan keizinan Islam yang menyebabkan kita mengikut peraturan barat secara membabi-buta sehingga menghalalkan apa yang diharam Allah atau mengharamkan apa yang dihalalNya. Tetapi kalau yang jelas haram tu.. hukumlah menurut syariah Islam sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Swt & RasulNya.

Habis yang ini apa kesudahannya????
AJK Umno Bahagian Tasek Gelugur Didakwa Liwat Isteri

Ini berita daripada mStar Online yang melaporkan seperti berikut;
Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka. Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya. "Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh. Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama. “Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya”.

Entahlah??????

Search This Blog