Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi memperkenalkan anggota Parlimen Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu.
Memperkenalkan ahli politik bebas itu dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Rabu, Anwar berkata, kehadiran Xenophon ke sini adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat yang lain.
"...Oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan," kata Anwar.
Xenophon yang turut mendakwa dirinya seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati oleh masyarakat dunia.
Beliau adalah antara 50 anggota Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu kononnya bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

No comments:
Post a Comment