Thursday, April 1, 2010

MEB : Tidak Dibentang Di Parlimen, Takut Di Kata DiCeduk PR Punya

Tiba-tiba sahaja Model Ekonomi Baru (MEB) diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Sekali lagi kerajaan bersikap diktator dengan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk turut sama berbincang dalam mendrafkan MEB. Ianya langsung tidak dibahaskan di Parlimen bagi memberi peluang kepada rakyat (wakil rakyat) mengambil bahagian dalam mendrafkan MEB.
Mungkin agaknya kerajaan takut untuk membincangkan draf MEB di Parlimen kerana takut kerana banyak kandungan MEB diciplak dari Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat telah mengenalpasti beberapa kandungan utama dalam MEB yang mempunyai persamaan dengan AEM.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Jadi kerana takut dikatakan sebagai meniru AEB maka ianya tidak dibentangkan di Parlimen.
MEB : RAKYAT DIDAHULUKAN HANYA RETORIK
Kerajaan BN kononnya mengamalkan slogan Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan. Tetapi semalam kerajaan BN sendiri membuka pekong mereka sendiri apabila bertindak membelakangkan rakyat dalam menggariskan sesuatu dasar kerajaan.
Buktinya kerajaan tidak pernah membentangkan dasar MEB ini diparlimen atau dibincangkan di parlimen sebelum ianya dilancarkan. Sepatutnya semua Ahli Parlimen yang mewakili rakyat di seluruh negara diajak berbincang terlebih dahulu sebelum MEB digubal dan dilancarkan.
Terbukti bahawa rakyat dibelakangkan dan dipinggirkan oleh kerajaan BN kerana MEB yang tersangat penting tidak langsung mengambil kira pandangan dan idea rakyat melalui wakil-wakil rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut (MEB tidak dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu) bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata kerajaan sepatutnya membentangkan dasar tersebut di parlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa," katanya.

MEB PINGGIRKAN MELAYU? : MENGAPA PERKASA MEMBISU?

MEB telah dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam. Dari analisis ringkas yang saya buat, MEB tidak meletakkan sasaran yang tepat tentang tahap pencapaian bumiputera sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meletakkan sasaran 30 % ekuiti bumiputera.
Jadi jelas bahawa MEB tidak lagi memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana DEB.
Tujuan utama Model Ekonomi Baru (MEB) adalah untuk melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.
Antara lain MEB juga mensasarkan pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.
Mana perginya semangat perkauman Melayu sempit yang diperjuangkan oleh Umno selama ini sehingga MEB mengenepikan terus sasaran untuk orang Melayu dan Bumiputera.

Saya cadangkan kepada Perkasa jika mereka benar-benar pejuang Melayu sila kemukakan rasa tidak puashati mereka kepada Najib tentang perkara ini. Namun sehingga kini Perkasa diam seribu bahasa kelu tidak terkata.

No comments:

Search This Blog