Friday, April 23, 2010

Jadi Anak Jantan,Jangan Menyorok Di belakang Zahrain, Zulkifli

Ketua Pembangkang mencabar Perdana Menteri supaya menjadi anak jantan dan tidak menggunakan taktik jahat memfitnah beliau dan KEADILAN dengan menggunakan jentera kerajaan untuk menyebarkan dakyah serta menghentikan membuat kenyataan palsu untuk mengelirukan rakyat.

Dalam satu kenyataan beliau hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amat memalukan bagi Datuk Seri Najib Razak bersembunyi di belakang pengkhianat parti seperti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin untuk mencapai cita-cita politiknya.

"Kalau Najib ada sesuatu yang ingin dikatakan sampaikannya seperti anak jantan. Amat memalukan menyorok disebalik pengkhianat sepeti Zahrain dan Zulkifli.

"Saya sudah mendakwa Najib secara terbuka mengenai pembabitannya dengan skandal rasuah Scorpene dan kegagalan beliau menjawab isu pembunuhan Altantuya dan berderet lagi isu yang menghantui negara dan rakyat.

"Najib harus menjawab dakwaan ini daripada melibatkan diri dalam gosip liar dan menyebarkan fitnah," kata Anwar.

3 comments:

Anonymous said...

KAMI SEMUA PEMUDA2 DARI PERLIS KEDAH PULAU PINANG DAN PERAK AKAN BERKUMPUL D HENTIAN BUKIT MERAH JAM 9 MALAM INI, DAN AKAN BERKONVOI KE HULU SELANGOR, BAGI MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT D HULU SELANGOR....
BUAT MASA SEKARANG HAMPIR 47BIJI KERETA AKAN BERKONVOI KESANA
DOA'N PEJALANAN KAMI SELAMAT PERGI DAN PULANG!!!

Anonymous said...

Salam Pemuda,
Insyaalah saudara semua akan didoakan selamat pergi dan pulang demi menegakkan Islam dan kebenaran. Usaha pemuda semua akan menjadi titik tolak untuk menolak kemungkaran dan akan dikenang anak2 dan cucu kita dihari mendatang.

Anonymous said...

SELAMAT BERJUANG SEMUA!

HARAPAN SAYA MOGA BERKEMPEN SECARA BERHEMAH...
TOLONG JANGAN BUAT SECARA MEMBUTA TULI... BIAR ORANG AKAN PANDANG TINGGI JIWA PEMUDA PAKATAN RAKYAT...
INSYAALLAH KITA BERADA DI PIHAK YANG BENAR...
SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN JALANNYA SELEPAS INI...

ALLAHUAKBAR!!!!

http://tinyurl.com/2bkexkt

Search This Blog