Monday, May 18, 2009

TERKINI : Kenyataan mengenai pembubaran DUN Perak

Khalil Idham Lim
ADUn Titi Serong

Setakat makluman yang saya ketahui bahawa memang telah berlaku satu pertemuan dengan pihak Istana di Kuala Lumpur pada petang kelmarin di mana Dr. Zambry Abdul Kadir dan rombongan antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Kerajaan Negeri telah diterima mengadap di Istana Changkat di Kuala Lumpur.

Namun tidak ada pengesahan apakah yang dibincang dan apakah keputusan dari perbincangan itu.

Oleh itu saya memohon dari semua pihak khususnya para penyokong Pakatan Rakyat supaya tetap bersabar dengan keadaan sekarang ini. Segala andaian dan pengumuman yang tidak ada asas dan sumber yang tidak jelas saya harap diabaikan bagi mengelakkan kembimbangan dan penyebaran berita yang tidak benar dan meresahkan masyarakat.


2 comments:

Putra IJ80 said...

Apa sangat yang di harap pada mereka.(?) Kesemuar nya).

Perbincagan lebih menjurus kepada bagaimana nak mempertahankan pemerintahan Haram mereka.

Kita sudah terlalu banyak mengharap agar ada di antara mereka yang berada di dalam Kabilah yang menghalakan cara ,sahingga peraturan dan Undang undang di buat sedemikan rupa.,merasa malu dan mahu bertanggung jawab.

Tapi harapan kita hanya tinggal harapan.

Sebaik nya mulai saat ini kita lupakan itu semuer,kita perkukuhkan perjuangan dgn memperiratkan hubungan kaum,memberi kesedaran kepada mereka terutama MELAYU yn bebal lagi taksub terhadap UMNO yg.jelas menjadi perosak AGAMA.bangsa dan Negara.

Insyallah dgn berkat usaha dan kesabaran serta yakin dgn pertolongan ALLAH,kita akan menang bukan sahaja di PERAK tetapi Seluruh MALAYSIA.

Amin!!!!

badang_ni said...

kalo tak bubar pun brape lama lagi... boleh bertahan? paling lama dua tahun lebih jer lepas tu tau ler dema.......
yang penting jangan mengalah dengan taktik sumbang dema...
bior terjerut balik ke batang tengkuk dema......

Search This Blog