Setelah Mahkamah berehat kira-kira 15 minit, kini giliran peguam Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan hujah setelah pihak peguam Dato' Dr Zambry Abdul Kadir melakukan yang sama pagi tadi sehingga tengah hari tadi. Perbicaraan bermula jam 9.45 pagi, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah berhubung status Menteri Besar Perak. Dijangkakan, tiada sebarang keputusan akan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak. Setakat ini, kira-kira 150 penyokong Nizar dan Pakatan Rakyat sudah mula memenuhi luar pekarangan kamar Mahkamah Rayuan 3 berbanding pagi tadi. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh peguam kedua-dua belah pihak biarpun diasak dan diaju soalan oleh puluhan wartawan yang mengikuti secara dekat perbicaraan ini. Lebih menarik, para wartawan dan jurugambar mengekori sahaja mana-mana VVIP (orang kenamaan) yang keluar masuk ke kamar Mahkamah tersebut hatta menuju ke tandas sekalipun , menjadikan suasana begitu 'gamat' dengan aksi-aksi spontan mereka. Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir. Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya. Sungguhpun kawalan keselamatan di pekarangan Mahkamah tidak terlalu ketat namun bagi oarang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan ini akan dilakukan pemerikasaan yang rapi oleh anggota polis. Kelihatan puluhan wartawan luar dan dalam negara memenuhi kawasan sekitar kamar Mahakmah Rayuan 3, sejak awal pagi tadi, bagi membuat laporan dan liputan mutakhir kes ini. Jam 9.00 pagi tadi, Peguam Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin yang mewakili Nizar memasuki kamar mahkamah dengan diikuti pula oleh Peguam Umno Dato' Hafarizam. Turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan peguam Tun Majid |
Thursday, May 21, 2009
Perbicaraan masih diteruskan, giliran Peguam Nizar berhujah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment