Wednesday, May 20, 2009

Nizar turun padang sebagai MB

IPOH – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan beliau meneruskan kerja sebagai Menteri Besar sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Menurutnya, walaupun kedudukannya sebagai MB ditangguhkan Mahkamah Rayuan, tetapi atas rasa tanggungjawab kepada rakyat, beliau mengambil inisiatif turun padang melihat serta menyelesaikan segala permasalahan timbul di kalangan mereka.

“Dalam masa sama, lawatan ke kampung dan pasar awam adalah untuk menyatakan perkembangan semasa mengenai status krisis politik berlaku sekarang.

“Ramai masyarakat kampung keliru dengan keadaan sekarang, sebab itulah saya cuba mendekati mereka menjelaskan keadaan sebenar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, masyarakat keliru dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang begitu cepat membuat keputusan terhadap rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengenai keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau (Nizar) sebagai MB sah.

“Bagaimanapun jika Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan tidak menyebelahinya, saya akur keputusan berkenaan dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berharap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Barisan Nasional (BN) dapat memahami kehendak rakyat bubar Dewan Undangan Negeri.

“Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan diambil Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

:Beliau berkata, kepada mana-mana pihak berkena:an, jangan selalu mempermaiisu institusi beraja dalam mempengaruhi masyarakat:

:Menurutnya, selesaikan dengan cara terbaik dan buktikan UMNO dan BN bertindak adil serta mengu:tamakan rakyat sebagaimana slogan diuar-uarkan Perdana Menteri Malaysia, ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan’.:

2 comments:

Anonymous said...

memang orang yang gila jawatan dan kuasa.

-org Tepen

Anonymous said...

memang pun orang yang tamak dan gila kuasa untuk mendaulatkan Islam dan memberi keadilan pada rakyat. Bukan macam sorang lagi tu gila kuasa dan tamak untuk membuntingkan perut sendiri dan kroni.

Orang Parit

Search This Blog