Friday, June 15, 2012

BUKTI_Agen tawar RM2 juta beli MP Pakatan Rakyat


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Wednesday, June 13, 2012

Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam?



"Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Tuesday, May 22, 2012

KIAMAT

Islam mengajarkan kepada setiap kita untuk menyadari bahwa hanya Allah saja yang tahu kapan persisnya hari Kiamat akan terjadi. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga tidak tahu kapan persisnya hari Kiamat.

Nabi Adam pun dikeluarkan dari syurga, Najib jangan takut keluar dari putrajaya

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau meminta supaya pemimpin UMNO serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj UMNO dalam pilihanraya nanti. Beliau berkata yang beliau yakin BN akan menang jika semua pihak dalam UMNO membuang sikap suka mensabotaj parti.

Monday, May 21, 2012

yakin Pakatan raih 105 kerusi

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.

Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Saturday, May 19, 2012

Cubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w...

Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

1) Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2) Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3) Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

PRU 13 Peluang Terbaik Untuk Perubahan



Ramai rakyat dan pengundi begitu ghairah dakam pilihanraya kali ini ialah semata-mata untuk melihat berlakunya perubahan dalam politik negara. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tentunya ingin menumbangkan UMNO dan BN dan menggantikannya dengan kerajaan baru yang diyakini lebih baik, lebih telus, lebih menjaga rakyat dan sebagainya

Wednesday, May 16, 2012

Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka



Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Tuesday, May 15, 2012

BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

Monday, May 14, 2012

Untuk renungan UMNO

bagi orang yang menghina TGNA sila ambil pedoman dari gambar-gambar di bawah ini. Ukur lah diri sebelum menghina TGNA. Atau kalau ada kelapangan , luangkan masa untuk hadir ke kuliah TGNA di masjid Pulau Melaka. Dengar lah kuliah TGNA untuk memastikan jika ada ajaran sesat yang disampaikan didalam kuliah tersebut.Kalau saudara tak faham kuliah yang disampaikan,bawalah anggota majlis fatwa bersama.

Sunday, May 13, 2012

setakat 100,000 tu biasa bagi PAS

setakat kehadiran yang ada kata 120,000, ada yang kata 100,000 dan paling sikit ada yang kata 50,000 perkara biasa bagi PAS . Buktinya lihatlah sendiri gambar-gambar dibawah. Tak perlu disediakan sebanyak 2800 buah bas untuk mengangkut mereka untuk datang. Tak perlu duit poket atau T-Shirt percuma. malah mereka akan menghulurkan derma kepada parti.

Friday, May 11, 2012

Bersediakah Umno hadapi PRU13 bulan depan?

 Sambutan ulangtahun ke-66 Umno selama tiga hari mulai hari ini, menjadi tumpuan utama, bukan sahaja di kalangan ribuan ahli Umno yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini, tetapi juga rakyat di seluruh negara yang mengharapkan ucapan presiden parti itu malam ini, akan menyingkap sesuatu jawapan terhadap penantian mereka selama ini.

Thursday, May 10, 2012

Tarikh Pembubaran Parlimen Pilihanraya Umum (PRU Ke 13) Pada 14 Mei 2012 Ini?



Kalau di negara lain,parti politik yang bertanding akan diberitahu lebih awal supaya “lebih bersedia”. Tetapi di Malaysia lain pula ceritanya. Setiap parti politik mesti sentiasa bersedia & terus bermian teka-teki berdepan dengan “kemungkinan” pembubaran parlimen Pilihanraya Umum (PRU ke 13) pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang ini

Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya



Ini maklumat baru yang diterima dari seorang sahabat, ustaz nih merupakan Exco DPPN. Mula-mulanya dia sms tetapi untuk lebih memastikan kesahihan maklumat nih, Addin telah telefon beliau. Menurut maklumat beliau, maklumat nih memang telah di berikan oleh sumber dalaman dari Badan Perhubungan United Malays National Organisation (Umno) Negeri sendiri. Menurutnya juga, United Malays National Organisation (Umno) juga telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi.

Slogan baru 1Malaysia?: Ku tak rela ku tak redha - "Haramjadah!"



"Ku tak rela, ku tak redha". "Haramjadah!" Nampaknya 1Malaysia semakin gila!

Tidak gilakah namanya apabila seorang Perdana Menteri bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation tiba-tiba tidak rela atau tidak redha peneroka (yakni rakyat) yang tidak bersetuju penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia mengambil apa yang diheboh sebagai ‘Durian Runtuh’?

Wednesday, May 9, 2012

Tarikh pru13: Bomoh dan Pawang Pilihanraya Makin Busy

Makin serabut politik negara, semakin sibuk pawang dan bomoh tak bertauliah meramalkan tarikh pru-13. Dalam masa dua hari ni, berbelas sms masuk meramalkan tarikh pru-13. Cuma satu sms yang saya layan, yang lain saya peramkan aje. Naik bosan dengan ramalan nujum-nujum haprak yang menggunakan beberapa nama pemimpin.

Satu daripada sms dari nujum pilihanraya yang saya terima tertulis macam ni:

"Latest info YB Dr Siti Mariah & PWTC Parliament bubar 14hb Mei. Penamaan calon 26.05. Mengundi 9hb Jun. U ada dengar cerita tak? Semua pihak JPRK/DUN diharap bertindak segera."

Search This Blog