Apa yang dikatakan oleh Dr
Mahathir di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau meminta supaya
pemimpin UMNO serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj UMNO dalam pilihanraya
nanti. Beliau berkata yang beliau yakin BN akan menang jika semua pihak dalam
UMNO membuang sikap suka mensabotaj parti.
Kenyataan Dr Mahathir ini
membuktikan yang apa yang saya katakan selalu yang pada PRU yang lalu lebih
dari 1.5 juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan telah
menunjukkan kepada semua yang UMNO sudah tidak lagi boleh mengaku yang parti itu
adalah parti yang mewakili orang Melayu dalam politik negara.
Beliau pastinya memahami keadaan
sabotaj menyabotaj dalam UMNO itu adalah satu kenyataan yang hakiki. Ini ialah
kerana beliau sendiri merupakan penyabo kepada UMNO dalam pilihanraya dahulu
ketika UMNO sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya ke-12 pada
tahun 2008 dahulu.
Sabotaj yang dilakukan oleh Dr Mahathir
sendiri merupakan salah satu dari banyak sebab kenapa ramai calon-calon UMNO
jatuh tersembam dalam pilihanraya umum itu. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO
di saat UMNO memerlukan penyatuan di antara semua ahli-ahli dan pemimpinnya.
Tetapi Mahathir telah bertindak keluar kerana yang lebih di utamakan oleh
beliau ialah untuk merudumkan kepimpinan UMNO semasa itu yang dipimpin oleh
Abdullah Badawi.
Mahathir tidak peduli dengan
segala-galanya terhadap parti. Yang terpenting bagi beliau Abdullah Badawi
mesti dijatuhkan walaupun ia membawa risiko yang amat tinggi kepada UMNO dan
BN. Sekarang ini beliau pula yang meminta supaya ahli-ahli dan pemimpin UMNO
tidak menyabo mana-mana calon yang diturunkan walaupun calon-calon itu
datangnya dari langit atau dari rimba.
Tetapi yang lebih jelas dalam
kenyataan Mahathir ini, ialah tindakan mensabotaj calon BN sendiri itu
sudah
menjadi budaya dalam BN teraju UMNO ini. Ini lebih dijelaskan pada
Perhimpunan Agong UMNO yang lepas dalam mana setiap perwakilan telah
berdiri membaca baiah
perwakilan untuk tidak mensabotaj calon-calon UMNO dalam pilihanraya
yang bakal
diadakan nanti.
Itulah sebabnya saya selalu
meminta supaya UMNO menjaga parti mereka sendiri dan janganlah menyibuk hendak
memberikan komen terhadap parti-parti lain dan membuat fitnah jahat semata-mata
untuk mengalihkan pandangan ahli-ahli UMNO dan rakyat dari kelemahan mereka
sendiri.
Bagi saya, tindakan sabotaj
mensabotaj parti dalam UMNO semasa pilihanraya nanti merupakan isu yang besar
bagi BN. Yang penting sekali ialah kerja sabotaj mensabotaj ini tidak mungkin
dapat dihindarkan lagi kerana tidak ada tindakan disiplin bagaimana ketat
sekali pun akan mampu membaiki keadaan. Tidak salah jika saya katakan yang UMNO
sudah menghadapi penyakit dalaman yang terlalu teruk dan sudah terlalu
‘advanced’ dan tidak mungkin boleh diperbaiki lagi.
Yang menjadi persoalan sekarang
ini ialah samada pimpinan UMNO dan BN bersedia untuk menghadapi proses
pengambil alihan kuasa oleh rakyat dari mereka. Sampai kehari ini Najib atau
kepimpinan tertinggi parti masih belum ada membuat kenyataan yang mereka
bersedia utuk menyerahkan kuasa jika itu yang dikehendaki oleh rakyat dalam
pilihanraya nanti. Yang kita dengar selama ini hanyalah kenyataan Najib yang
UMNO akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.
Banyak parti-parti yang
memerintah dinegara-negara maju menerima kekalahan dengan ‘gentleman’ dan
menyerahkan kuasa secepat mugkin setelah rakyat memberikan mandat kepada phak
lain. Gordon Brown tahu yang parti Buruhnya akan kalah dalam pilihanraya yang
lalu. Tetapi oleh kerana menghormati sistem demokrasi yang tulin, pimpinan
parti Buruh tidak pula bertindak dengan melakukan tektik kotor terhadap parti
Conservative atau parti Liberal Demokrat sebelum menghadapi pilihanraya negara
Britain
awal tahun lepas.
Tidak ada penyokong-penyokong
parti Buruh menonggengkan punggung mereka dihadapan rumah pemimpin parti
pembangkang dan pemimpin NGO di Britain. Tidak ada pula ‘function’ parti
pembangkang diganggu oleh gangster-gangster parti Buruh malahan parti Buruh
tidak mempunyai gangster-gangster upahan untuk mengganggu program parti Liberal
Demokrat.
Walaupun parti Buruh tahu yang
mereka akan kalah, tidak ada pula kita mendengar penyokong parti itu mengambil
video pemimpin-pemimpin Conservative semasa mereka berada di dalam bilik air
atau tandas.
Yang penting Najib dan UMNO patut
belajar ialah untuk melalui pengalaman kekalahan dalam pilihanraya kerana UMNO
terlalu angkuh seolah-olah kemenangan pilihanraya itu hanyalah hak UMNO sahaja.
UMNO tidak pernah diduga dan merasakan pahit maungnya berada dipihak
pembangkang kerana hasil kerja buruk mereka sendiri. Saya tidak mahu mendahului
Tuhan, tetapi hukum mengatakan yang UMNO kali ini seperti juga makhluk-makhluk
kejadian Tuhan itu tetap akan merasa giliran untuk menerima dugaannya kali ini.
Selama ini UMNO hanya diduga
dengan kemewahan dan kesenangan tetapi
belum pernah merasakan dugaan melalui kesusahan. UMNO perlu melalui proses ini
untuk mematangkan lagi perjuangannya dan kembali kepada ‘basic’ iaitu untuk
melakukan kerja dan ubudiah baik bagi rakyat yang ramai ini.
Rakyat sekarang dalam kerinduan
untuk melihat pimpinan kerajaan memberikan fokus kepada rakyat yang ramai dan
berhenti menjadi satu parti yang menjaga
‘exclusivity’ bagi kumpulan kecil
sahaja. Rakyat tidak mahu lagi melihat
UMNO itu sebagai sebuah kelab ekslusif semata-mata.
Rakyat sudah tidak menerima lagi
laungan 'acronym' besar-besar seperti NKRA, ETP, TTP, KETIAK, RTM, SPRM, KTM,
TDM, dan banyak lagi acronym yang menjadi laungan yang entah apa-apa itu.
Rakyat mahukan ‘substance’ bukannya ‘form’ yang terlalu lazim digambarkan oleh
pimpinan negara kita.
UMNO, seperti yang saya sebut
dalam posting yang lepas sepatutnya berehat dan membuat ‘introspeksi’ mendalam
dan menilai kembali apakah mereka telah berjaya berjuang selama ini terutamanya
dalam menentukan nasib orang Melayu sebagai yang dilaungkan sejak lebih dari
lima dekad yang lalu.
Pilihanraya kali ini adalah
pilihanraya diantara rakyat dengan pimpinan BN sebenarnya. Jika rakyat yang
menang, mereka akan menang melalui mandat yang akan diberikan kepada parti-parti
dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Jika Pemimpin-pemimpin BN yang menang
maka itu adalah kemenangan bagi segelintiran ‘warlords’ dalam UMNO yang telah
menenggek diatas kuasa rakyat yang dimandatkan kepada BN.
Tetapi seperti yang saya nyatakan
diatas tadi jauh disudut sanubari saya, PR akan mendapatkan mandat itu dari
rakyat dalam PRU yang akan datang ini.
Itulah sebabnya saya cuba untuk
mengingatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO supaya menerima kekalahan itu
dengan ‘gentleman’ dan bersama-sama melakukan penyerahan kuasa itu dengan baik
dan bertertib.
Kalau Gordon Brown telah
menyerahkan kuasa kepada parti Conservative hanya dalam tempoh 6 jam selepas
kekalahanya dalam pilihanraya umum Britain, kita tidak nampak kenapa
BN harus menyusahkan proses peralihan kuasa itu dalam pilihanraya yang akan
datang.
Barulah demokrasi terlaksana
dalam erta kata yang sebenarnya. Najib dan pimpinan BN jangan merasa
marah
dengan penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Kita perlu ingat
yang Adam Alaihissalam pun dikeluarkan dari syurga bersama Hawa.
Apa yang lebih enak selain dari
berada di dalam syurga. Itu pun Adam telah menerimanya dengan senang penuh
takzim dan terus melakukan tanggungjawabnya walau pun telah dikeluarkan dari
syurga.
Apa nak dihairankan jika Najib
keluar dari Putrajaya jika dibandingkan dengan Adam yang telah keluar dari
syurga itu.. Apakah yang lebih enak dari syurga? Ia lebih enak dari berada di
Putrajaya.
1 comment:
apakah pembangkang mahukan putrajaya lebih dari mahukan syurga?
Post a Comment