Thursday, November 20, 2008

Guan Eng stresses need for further reduction in petrol price

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 - DAP Secretary General Lim Guan Eng urged the government to further reduce the price of RON97 petrol to RM1.62 per litre, the original price before it was increased to RM1.92 in Mar 2006.

"Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad's revelation that the government no longer needs to subsidise petrol with the drastic fall in global oil prices highlights BN's lack of responsibility in refusing to further reduce petrol prices from RM2.00 to RM 1.62 per litre," said Lim in a statement.

Effective Nov 18, the government reduced the price of RON97 petrol to RM2.00 per litre, the fifth reduction since an increase to RM2.70 in June this year.

Shahrir also added that Malaysians are now paying for petrol tax and the government no longer subsidises petrol despite its earlier promise to maintain a subsidy of RM0.30 per litre.

The minister also expected savings from fuel subsidies to be in excess of RM10 billion if crude oil prices remains at below US$60 per barrel.

Lim proposed a daily revision of pump prices saying it is fairer and would reflect the declining oil prices.

"Malaysians are already suffering from paying high prices such as electricity tariffs and gas prices despite the drop in world prices. Only a daily revision of petrol prices is a fairer mechanism that can reflect the declining oil market," added Lim.

"The failure to further reduce petrol prices will only raise further questions why prices are raised quickly but yet they find it difficult to reduce it," said Lim.

Wednesday, November 19, 2008

Malaysians are now paying petrol tax


KUALA LUMPUR, Nov 18 — Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad revealed today the government has stopped subsidising petrol since Nov 1 and has been effectively collecting taxes instead on petrol consumption.

Speaking to reporters in Parliament, he explained that even after the 15-sen drop today, which saw RON97 petrol dropping to RM2 per litre, and RON92 and diesel down to RM1.90, the government was no longer subsidising petrol at the pumps.

"Even if prices return to RM1.92, we will still have a bit of surplus," he said, adding that subsidies had disappeared once the global price of oil had dipped under US$65 per barrel.

Current prices are hovering at US$55 per barrel.

As oil companies take a 19-sen cut and fuel station operators take 12 sen, it can be inferred that the cost price of RON97 petrol is currently below RM1.61 if the government can still generate income at RM1.92.

Shahrir explained that the difference between petrol pump prices and the cost plus commission for the companies and operators was being returned to the government effectively as a form of tax.

This gels with the 2009 Budget winding-up speech by Finance Minister Datuk Seri Najib Razak where he claimed a projected RM7 billion savings in fuel subsidies will be utilised to stimulate the troubled economy.

The statement was puzzling as the government had earlier said it would maintain a 30-sen fuel subsidy to keep pump prices below market prices.

Shahrir also projected that with RM21 billion budgeted for fuel subsidies in 2009 and subsidies for 2007, when prices had averaged US$65 per barrel, amounting to RM8.8 billion, savings from fuel subsidies would be far more than RM7 billion.

"If crude oil stays under US$60 per barrel, I am expecting at least RM10 billion," he said.

He also added that subsidies for diesel and natural gas are still in place.

Shahrir, however, explained that this did not mean that the people were not being helped by the government.

"We are still giving the RM625 road tax rebate for cars and RM150 for motorbikes that goes straight into your pocket," he said, referring to the rebate announced when RON97 shot up to RM2.70.

"So the rebate is for when the people suffered for about three months," he said.

The Johor Baru MP had called a press conference to announce that a total cost of RM21.4 billion had been incurred by the government up to October this year due to tax exemptions and subsidies for fuel against RM16.2 billion last year.

This, however, is without tax exemption figures for October 2008.

He also said that government would consider a floor price for fuel.

berat sama dijunjung ringan angkat seorang

KUALA LUMPUR: Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat bulan ini akan memutuskan sama ada untuk menurunkan harga bahan api kenderaan di paras RM2 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata majlis itu juga akan membincangkan kemungkinan memperkenalkan harga lantai atau harga had minimum bahan api yang boleh diturunkan.

Beliau berkata, ketika ini berlaku penurunan harga minyak mentah yang mendadak di pasaran dunia yang mana aspek penjimatan untuk menanggung subsidi harus diambil kira kerajaan.



Berita diatas dipetik dari Berita Harian 18 Nov 2008...
Yang menjadi kemushkilan aku dan beberapa penduduk Malaysia yang x berapa pandai ekonomi macam aku ni.....Kenapa perlu ada harga minimum? dan kenapa tiada harga maksimum...Kalau harga pasaran dunia dah jatuh..kenapa x biarkan rakyat kongsi bersama kegembiraan dapat isi minyak dengan murah? tapi waktu harga minyak melambung, kerajaan suruh kita tanggung bersama beban kerajaan tu....

Tak tahu la,sama ada pak-pak menteri ni ade kepentingan masing2.Tp
rasa macam tidak adil kalau kerajaan tetapkan harga minimum..Kenapa? takut petronas rugi ka? setau aku ,sepanjang beroperasinya petronas tu..xpernah pulak rugi...kekadang untung je sikit...sikit tu berpuluh bilion plak tu....lu pikir la sendiri"

Monday, November 17, 2008

banyak tu je turun

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali kelima, harga minyak turun lagi mulai esok.

Harga petrol RON 97, RON92 dan diesel turun sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam ini.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saturday, November 15, 2008

kerajaan tak guna

PUTRAJAYA 14 Nov. - Kerajaan dijangka mengumumkan harga runcit baru bagi petrol dan diesel dalam tempoh sehari dua lagi.

Ketika membayangkan kemungkinan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan kali ini juga dijangka tidak akan melebihi kadar 15 sen seliter seperti penurunan akhir bulan lalu.

''Kerajaan biasanya menurunkan harga minyak secara berperingkat-peringkat, seperti Oktober lepas kita telah menurunkan masing-masing 15 sen pada pertengahan dan hujung bulan.

''Bagaimanapun, Kabinet hari ini tidak berbincang mengenai harga minyak tersebut tetapi tunggulah untuk mengetahui penurunan harga sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

inilah yang dikatakan kerajaan tak guna...masa nak naik kan harga tak terfikir untuk kaji dulu pasaran...tapi bila nak turun pandai pulak nak kaji dulu....turun sikit sikit..sekarang harga minyak dah di bawah 60usd....nak tunggu apa lagi. turun la harga minyak.

Saturday, November 1, 2008

menteri kayu lagi haprak

MALU..MALU.. Sungguh memalukan apabila seorang menteri kabinet Malaysia memberi hujah tidak mahu menurunkan tarif eletrik kerana alasannya kenaikan dan penurunan tarif itu tiada kena mengena dengan minyak.

Inilah ALASAN bodoh tolol seorang Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansur. Bagi beliau naik turunnya harga minyak, tidak ada kaitan dengan letrik.

“Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain”, katanya.

Lain pula dengan alasan semasa mahu menaikkan tarif eletrik dulu. Utusan Malaysia pada 26 Oktober 2007 melapurkan alasan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.

Menurut Che Khalib lagi, TNB bergantung kepada tiga sumber bahan bakar iaitu minyak dan gas yang kini mengalami lonjakan harga yang ketara dan sumber alternatif ketiga, arang batu yang turut mengalami kenaikan harga.

Jadi, siapa yang kita nak percaya di dalam hal ini. Shaziman kata TNB tak guna minyak, manakala CEO TNB kata guna minyak juga.

Harap janganlah Shaziman nak memperbodohkan rakyat lagi hanya semata-mata tidak mahu menurunkan tarif letrik. Cari alasan lainlah. Menteri semacam ini sepatutnya dipecat dari jawatannya…MEMALUKAN MELAYU dan menyusahkan rakyat saje

Thursday, October 23, 2008

minyak oh minyak

harga minyak semasa sudah turun di bawah US60.Hmm kenapa agaknya harga minyak domestik masih tak mahu turun.Semasa harga minyak pada paras US70 harga minyak(petrol) domestik ialah PM1.97 sebelum dinaikkan kepada RM2.70.Selepas harga minyak bergerak turun dengan begitu laju,nampaknya harga minyak domestik agak liat untuk turun.

Begitulah agaknya nasib rakyat Malaysia yang berkerajaankan BN.Kata orang BN itu barang naik tetapi untuk menurunkan harga barang, malam sikit.Kalau harga beras yang dah turun di pasaran dunia tidak menjejaskan negara kerana beras tempatan masih rendah tetapi harga minyak macam mana?

Menteri yang menjaga harga minyak pernah menyebut harga minyak akan mengikut harga minyak dunia tetapi harga yang menaik sahaja yang ikut tetapi bukan harga yang menurun.

Begitulah kalutnya orang orang yang dipertanggungjawabkan mengurus negara.Harga minyak yang sedang menurun gagal dimenafaatkan untuk faedah rakyat.Alai macam mana agaknya dua tiga bulan akan datang apabila tren menurun harga minyak berterusan?

Kemana arah kita?harga minyak masih tinggi dan masih membebankan semua peringkat rakyat.Malunya jadi rakyat Malaysia yang berkerajaan yang cukup lemah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Minyak oh minyak bilakah mahu turun?nampak liat sungguh untuk turun.Nampaknya sukarlah rakyat untuk terus bersantai."

Wednesday, October 15, 2008

Harga minyak turun lagi..



Kerajaan umum penurunan harga petrol 15 sen dan diesel 20 sen berkuatkuasa tengah malam Selasa. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Selasa. Dengan penurunan ini kerajaan telah turunkan 40 sen harga petrol sejak ia dinaikkan sebanyak 78 sen, Jun lalu. Harga terbaru petrol dengan penurunan ini ialah RM2.30 - 14/10/2008

Thursday, September 25, 2008

akhir ramadan

2008 Sep 25

Catatan hujung ramadhan

1) Mujurlah ( AlhamduliLlah ) Allah menjadikan kemuncak Ramadhan di hujungnya. Jikalah pencarian Lailatul Qadr itu di sepuluh hari yang pertama, tiadalah lagi suara - suara syahdu munajat sang hamba di malam - malam akhir ini. Tiadalah antara kita yang mampu menyempurnakan 30 hari Ramadhan dengan sebaiknya. Hujung mestilah memuncak di dalam hayat seorang muslim.

“Tuhanku, jadikanlah sebaik - baik umurku adalah dihujungnya. Dan jadikanlah sebaik - baik amalku adalah dipenamatnya. Dan jadikanlah sebaik - baik hariku adalah hariku bertemuMu.” - doa al Rasul.

2) Betapalah hebatnya ( SubhanaLlah ) Tuhan yang mengurniakan Lailatul Qadr untuk umat Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Sungguh Allah Tuhan yang maha pemurah, menyayangi dan mengasihi. Sejahteralah sang hamba yang berlumba - lumba merebuti Lailtul Qadr. Berbahagialah dia dengan doa dan istighfar para malaikat yang merayakan kadatangan malam segala malam ini.

Bagaimana dibayangkan amalan 60 tahun mampu ditagan buat membeli syurga tuhan, sedang 60 tahun itu juga dilitupi dosa dan noda? Memuncaklah satu malam yang isinya diganda menjadi seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan ) di sisi sang hamba yang faqir dan hina. Celakalah besarlah mereka yang lalai dan leka daripada menghidupkan malam - malam kemuncak di penghujung ini.

“Maka barang siapa yang diharamkan daripada mendapat Lailatul Qadr, sesungguhnya dia telah diharamkan daripada mendapat kebaikan seluruhnya.” - hadis al Rasul.

3) Alangkah agungnya ( Allahu akbar ) Tuhan yang bertitah dengan al QuranNya yang menyuluhi kehidupan, lalu terpancarlah sinar hidayat buat sang hamba yang terkapai - kapai dalam badai kehidupan duniawi yang kelam dan gulita. Kerana kitabMu Ramadhan menjadi penuh berkat. Kerana kitabMu umat menjadi penuh berkat dan kerana kitabMu kehidupan menjadi tidak sia - sia.

Berbahagialah sang hamba yang membina dan mencahayai hatinya dengan al Quran.

“Dan hendaklah kamu bertakbir ( di malam dan pagi Syawwal ) mengagungkan Allah di atas hidayatNya kepada kamu dan agar kamu menjadi hambaNya yang bersyukur.” - al Quran.

4) Ramadhan seluruhnya adalah perihal al Quran. Tiadalah erti Ramadhan buat mereka yang hidup tanpa petunjuk al Quran walaupun dia berpuasa sepenuhnya. Telah hilanglah hikmat Ramadhan daripada dirinya.

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Quran, menjadi petunjuk buat manusia dan dipenuhi keterangan daripada petunjuk dan pemisah. Maka barangsiapa yang menyaksikan ( anak bulan ) Ramadhan, maka hendaklah dia berpuasa.” - al Quran

5) Selamat memburu Lailatul Qadr. Semoga kita dikasihi al Quran.


minyak oh minyak kenapa kau tak turun banyak...

dulu masa minyak naik.....senang senang saja naik harga minyak sampai 78 sen. harga barang semua ikut naik. inflasi naik sampai 8.5 peratus..untuk ogos...paling tinggi dalam sejarah. tapi bila minyak dunia dah turun...kering je depa turun 15 sen dan lepas tu 10 sen. walhal harga minyak rendah dari harga masa depa naik 78 sen dulu. apa punya haprak la kerajaan yang ada ni. sendiri rosak kan ekonomi negara...lepas tu nak tuduh orang lain puncanya. pelabur banyak yang patah balik atau buat kona baring(u-turn). mana tak..pm yang ada tak tahu nak urus negara. yang dia tahu tidur. semua orang dah tak suka..baik pembangkang mahupun orang umno sendiri. yang tinggal hanya anak beranak dan konco-konco yang takut hilang kuasa dan harta. muhasabah lah diri. buat sembahyang istikharah...lepas tu balik lah kepala batas. aman lah malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

Wednesday, September 24, 2008

minyak..turun berapa?

Putrajaya, 23 Sept 2008 : “Bagi pemudawilayah Cadangan penurunan harga minyak selepas mesyuarat Kabinet esok hari sebanyak 20 sen sahaja adalah tidak mencukupi” kata Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah).

Kamaruzaman yang mengetuai rombongan Pemudawilayah yang menyerahkan memorandum mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak hari ini mahu agar Kerajaan menimbangkan untuk menurunkan harga minyak kepada harga baru yang kurang dari RM 2.

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, En. Zahari telah menerima memorandum berkenaan bagi mewakili YB. Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad yang sedang menyertai Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara bersama Perdana Menteri hari ini.

Dalam pertemuan itu, Zahari menjelaskan bahawa turun naik harga minyak ditentukan oleh banyak faktor. Selain dari harga minyak dunia, nilai mata wang negara juga menjadi kayu ukur dimana pada masa kini nilai mata wang Malaysia telah jatuh berbanding US Dollar.

“Semua orang mahu harga minyak diturunkan, dan kalau Kerajaan mahu turunkan sebanyak 20 sen itu sudah kira baik” kata Zahari ketika menjawab soalan Kamaruzaman yang membangkitkan bahawa terdapat maklumat yang mengatakan jumlah penurunan selepas mesyuarat Kabinet nanti hanyalah 20 sen sahaja.

Walaubagaimana pun, pemudawilayah berharap agar Kerajaan memutuskan penurunan pada kadar yang lebih rendah dari itu.

Dalam memorandum yang dihantar itu pemudawilayah memperjelaskan justifikasi yang diambil bagi mendesak kerajaan.

“Ketika Kerajaan menaikkan harga minyak pada 5 Jun 2008 yang lalu, harga minyak bagi negara-negara OPEC adalah USD 118.75 setong. Justeru Kerajaan mengambil langkah drastik dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter, sekaligus menyebabkan harga baru petrol dan diesel meningkat RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.”

Seterusnya “Kenaikkan itu diikuti oleh kenaikkan kos pengeluaran dikilang dan akhirnya mendesak harga barangan pengguna di dalam pasaran melambung tinggi. Aliran ini menyebabkan kos hidup rakyat meningkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan dan juga bagi mereka yang tingagal dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.”

Pemudawilayah juga menyedari bahawa pada 23 Ogos 2008, Kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan diesel sebanyak 8 sen. Penurunan itu menjadikan harga baru petrol sebanyak RM2.55 seliter dan diesel RM2.50. Walaubagaimana pun kesan penurunan itu tidak begitu dirasai kerana harga barangan pengguna tidak menampakkan perubahan besar.

Pemudawilayah juga menjelaskan bahawa rakyat mengharapkan agar kadar penurunan itu ditingkatkan dan mendesak para pengeluar dan peniaga turut menurunkan harga barang dagangan mereka dipasaran.

Jika dilihat pada rekod yang lalu, pada 28 Februari 2006, Kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM 1.92 dimana pada ketika itu harga minyak bagi negara OPEC adalah USD 93.49 setong. Harga berkenaan lebih tinggi berbanding harga terbaru pada 19 September iaitu USD 88.53 setong, oleh itu sewajarnya harga yang baru diberikan akan oleh Kerajaan adalah lebih rendah dari itu atau tidak melebihi dari RM 2 seliter.

Pemudawilayah juga hairan kerana harga minyak dipasaran dunia boleh berubah setiap hari tetapi di Malaysia, sebuah negara kecil perubahan harga minyak mengambil masa yang terlalu lama!

Kecekapan pengurusan diperingkat Kerajaan adalah dituntut agar trend turun naik harga minyak dunia dapat diselaraskan dengan harga bagi pasaran tempatan tanpa menunggu masa yang terlalu lama untuk penilaian harga baru.

Bagi pemudawilayah Kerajaan perlu membuat semakan harga pada setiap minggu. Perubahan harga tidak akan menjejaskan operasi semasa syarikat penjual Minyak dan Gas sekiranya semakan mingguan dibuat. Minyak adalah komoditi yang bergerak pantas dan kadar penjualannya juga tinggi sesuai dengan kadar permintaan yang sentiasa melebihi.

Pemudawilayah mendesak Kerajaan agar menyediakan jadual anggaran harga masa hadapan sebagai panduan. Anggaran boleh dibuat berdasarkan rekod harga pada minggu yang sebelumnya dan ini akan memudahkan penentuan harga pasaran dan agihan subsidi.

Pemudawilayah juga mencadangkan agar pihak Kementerian mewujudkan satu Unit Khas yang berfungsi untuk mengkaji dan mengawal harga minyak ini setiap minggu.

Memorandum pemudawilayah itu diakhiri dengan penegasan agar Kerajaan menimbangkan agar harga minyak baru diturunkan kurang dari RM 2.

ketua pemuda umno?


Kepimpinan Pemuda : Razali  pilih Khir atau Mukhriz?

APAKAH gandingan Razali Ibrahim dengan Dr Khir Toyo ataupun dengan Mukriz Mahathir mampu memperkasakan kembali gerakan Pemuda UMNO Malaysia dan sekali gus meletakan Pemuda UMNO di landasan perjuangan yang sebenar setelah sekian lama Pemuda UMNO dilihat seperti orang buta kehilangan tongkat ataupun sebuah kapal yang terlalu ramai nakhodanya.

Kekalutan perjuangan dan pendirian Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini begitu terserlah sehingga UMNO dan BN menerima kejutan dalam PRU12 lalu dan pemilihan kali ini merupakan satu manifestasi baru yang dituntut untuk gerakan ini kembali memacu parti dengan semangat serta idealogi baru.

Pemuda UMNO yang gagal dalam proses meremajakan parti dan sekali gus menjadikan gerakan ini sebagai sebuah gerakan jumud dan ketinggalan zaman, maka satu keputusan bijak perlu dibuat dan sebuah pasukan pimpinan baru perlu diketengahkan. Secara jujur bukan sahaja Hishamuddin yang perlu melepaskan jawatannya, Khairy Jamaluddin juga perlu bertanggungjawab kerana gandingan pimpinan mereka berdualah menjadikan Pemuda UMNO kehilangan sokongan yang begitu ketara.

Siapakah sebenarnya yang merosakkan Pemuda UMNO, tafsirkanlah sendiri kecuali yang enggan mengakui kerana telah termakan budi ataupun menerima upah setiap bulan bagi menjahanamkan parti dan diupah untuk menyokong membuta tuli. Ramai Ketua Pemuda UMNO yang sanggup dilacurkan oleh bapa ayam moden dan kesannya, UMNO malu besar sehingga kalah dalam PRU12. Guna jawatan untuk kepentingan peribadi dan mangsanya lagi adalah ahli Pemuda peringkat bawah yang lurus bendul.

Monday, September 15, 2008

minyak dunia dah turun..kita bila lagi

Ramai diantara kita disajikan dengan berita pertukaran 16 September dan lain-lain isu sehingga kita terlupa tentang kejatuhan minyak di dunia. Tahukah kita hari ini harga minyak telah jatuh ke 99.57 dolar setong.

Pengharapan rakyat amat besar jika harga minyak di Malaysia dapat diturunkan dibawah harga RM2.00 seliter dapatlah kos pengangkutan ini dikurangkan. masa minyak naik hari hari keluar tv, bila turun senyap je...

Awal bulan ini harga minyak berada dalam lingkungan USD116 ke USD110 setong tapi minggu ini nampaknya harga minyak telah turun dibawah UDS100.

Turun turun... turun minyak...
Turun turun... harga minyak...

Thursday, September 11, 2008

pak lah tak layan niat Dr M

PRESIDEN Umno Abdullah Ahmad Badawi hanya mengulas ringkas apabila ditanya mengenai hasrat Mahathir Mohamad untuk kembali semula ke dalam Umno dengan berkata; kita bincang hal Ahmad Ismail saja", apabila ditanya mengenai hal itu oleh wartawan.

Jawaban ringkas tetapi padat itu memberi tafsiran bahawa beliau mungkin tidak setuju dengan cadangan dikemukakan oleh Muhyiddin Yassin itu yang meminta Mahathir kembali ke dalam Umno.

Mudah saja untuk difahami kenapa kalau Abdullah tidak setuju kerana Mahathir menjadi masalah kepadanya.Jadi cadangan Muhyiddin itu menyenakkan ulu hati Abdullah maka eloklah kalau beliau tidak melayaninya!

Muhyiddin pula tentu ada motif tersendiri kenapa beliau mengajak Mahathir agar kembali dalam Umno? Alasan yang beliau berikan Mahathir dapat memperkuatkan Umno dan BN. Secara tidak langsung alasan Muhyiddin itu Umno kini berada dalam keadaan lemah dan tidak ada siapa boleh mengubatinya lagi sehingga terpaksa memanggil bekas pemimpinnya.

Kalau dalam hikayat wayang kulit bila pengasuh tua (Pak Dogol) dipanggil kembali agar pulang semula ke negeri yang dinyahkan itu bermakna negeri itu berada dalam keaadaan kucar kacir dan di ambang kemusnahan.

Begitu juga dengan Umno kini. Kalau sampai Mahahtir diminta kembali semula ia menggambarkan Umno dalam keadaan teruk kalau pun tidak nazak.

Apakah Mahathir mampu berbuat sesuatu kepada Umno? Apakah beliau ada kuasa jin dapat memperbaiki keadaan Umno hari ini yang semakin tersisih dan di ketepikan rakyat?

Sepatutnya Muhyiddin tidak mengemukakan cadangan demikian dan beliau perlu arif dengan realiti yang berlaku disebabkan Mahathir. Beliau mungkin tahu kemusanahan Umno sebagai wadah perjuangan Melayu bermula ditangan Mahathir. Kenapa beliau tetap berminat dengan Mahathir, mungkin Muhyiddin ada agenda lain yang agak personal.

Antara penyebab kenapa Umno berada dalam keadaan dibenci kini ialah kerana Mahathir juga. Stail, dasar dan sikap liberal beliau dalam menguruskan parti berkenaan sehingga menyebabkan semangat Melayu tulen terhakis dari kerajaan yang dibentuk oleh parti berkenaan.

Jadi apabila orang berpenyakit diajak menyertai Umno semula pasti Umno akan jadi bertambah sakit dan ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang semakin meruncing itu.

Cadangan Muhyiddin itu tidak masuk akal sama sekali melainkan ia dilihat kerana menyelitkan motif tertentu yang mudah untuk diteka. Umno harus diberi dan diserahkan kepada orang lain yang masih belum ada rekod mengkhianati perjuangan orang Melayu itu.

Untuk tujuan ini kenapa Umno begitu liat untuk mencari seseorang yang lain sebagai pengganti kedua mereka itu - Mahathir dan Abdullah? Dalam hal ini Tengku Razaleigh Hamzah nampaknya relevan dan boleh dijadikan penyelamat kepada Umno.

Tengku Razaleigh mampu menjadi nakhoda bagi menyelamat kapal bernama Umno yang semakin senget dan retak di sana sini itu. Dalam keadaan Umno kini sudah kehilangan semangat Melayu adalah sangat elok kalau ianya diserahkan kepada anak raja itu yang kelihatan mempunyai semangat Melayu yang tinggi.Beliau boleh dan mampu menyuntik semula nasionalisme dalam Umno.

Selain daripada itu kepakaran beliau dalam bidang pengurusan kewangan dan ekonomi terbukti menjadi apabila terbangunnya beberapa institusi kewangan dan ekonomi semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dulu.

Nama-nama seperti Petronas, Pernas, Bank Bumiputeran, pembinaan lebuh raya adalah antara institusi ekonomi, kewangan dan idea prasarana negara yang seninom dengan beliau. Kita percaya kalau beliau diberi peluang, Tengku Razaleigh mampu berbuat sesuatu yang lebih daripada itu.Kalau dengan hanya sedikit kuasa beliau dapat melakukan sesuatu yang kini mengkagumkan kita apa lagi kalau diberikan kuasa yang lebih besar.

Umno harus berani membuat perubahan dan mencuba khidmat seorang pakar baru untuk membina semula partinya. Tidak ada guna kalau terus menggunakan pakar atau arkitek yang ternyata tidak dapat menyegarkan jiwa Umno seperti mana diharapkan. Kedegilan ahli Umno untuk melakukan anjakan paradigma ia akan memusnahkan parti berkenaan.

Dalam hal ini ahli Umno sepatutnya tidak terikat dengan stigma atau pun label yang telah dilemparkan kepada Tengku Razaleigh oleh seseorang yang menilainya dengan hasad dengki dan dendam kerana cara penilaian itu amat tidak adil.

Apa kata kalau ahli Umno ramai-ramai sepakat untuk mencuba khidmat Tengku Razaleigh bagi memperbaiki keadaan Umno dengan memberikan ruang untuknya mengadu nasib sebagai Presiden Umno pada Disember nanti! [wm.kl 6:15 am 11/09/08]

mahathir cuba halang ku li

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan pucuk pimpinan Umno akan datang disifatkan sebagai usaha beliau (Mahathir) untuk menyekat bekas musuh politiknya itu menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.

Menurut sumber yang rapat dengan Siasah, Ku Li dikatakan antara tokoh politik Umno yang dikatakan akan memimpin para anggota Parlimen Umno menyertai Anwar bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tun Dr Mahathir dikatakan sedar dengan kemungkinan ini lalu bersetuju untuk menyokong Ku Li bagi merebut jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember ini.

"Ia bertujuan untuk menyekat Ku Li dari bersama Anwar membentuk kerajaan baru kerana Tun (Dr Mahathir) memang akan berbuat apa sahaja untuk menyekat Anwar," kata satu sumber kepada Siasah.


32 comments

lompatan akan bermula

Siasah Malaysia dijangka mengalami satu kejutan dalam sehari dua lagi. Apa yang disifatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai mustahil dijangka menjadi realiti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim amat yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008 atau selewat-lewatnya selepas rombongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kembali ke tanahair daripada “lawatan sambil belajar” mereka di Taiwan.

Keyakinan ini terpancar dalam ucapan Anwar selepas majlis berterawih di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, pada malam Selasa 9 September 2008.

Proses melompat Ahli Parlimen BN untuk menganggotai PR dijangka bermula sehari dua lagi. Proses ini akan dimulakan oleh seorang Ahli Parlimen yang kini menyandang satu jawatan penting dalam BN. Tindakan ini dijangka diikuti oleh banyak lagi siri lompatan seterusnya.

Selanjutnya, apa yang sedang diheboh-hebohkan sebagai “lawatan sambil belajar” ke Taiwan adalah indah khabar dari rupa.

Rombongan Ahli Parlimen BN yang berada di negara berkenaan sejak dua hari lalu tidak mempunyai apa-apa jadual dan program sebagaimana dijangkakan.

Ahli-Ahli Parlimen wanita hanya menghabiskan masa dengan membeli-belah. Kebanyak ahli yang lelaki pula hanya berbuat apa sahaja yang mereka fikirkan perlu.

Saya mempunyai beberapa maklumat terkini mengenai kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, biarlah maklumat ini saya rahsiakan buat sementara waktu.

Apa pun, siri lompatan ini dijangka berakhir dengan satu klimeks yang lebih menggemparkan dan di luar jangkaan ramai kebelakangan ini.

Oleh itu, sama-samalah kita nantikan saat dan ketika itu dengan penuh sabar. – Ruhanie Ahmad
0 comments Links to this post

Search This Blog