| |
APAKAH gandingan Razali Ibrahim dengan Dr Khir Toyo ataupun dengan Mukriz Mahathir mampu memperkasakan kembali gerakan Pemuda UMNO Malaysia dan sekali gus meletakan Pemuda UMNO di landasan perjuangan yang sebenar setelah sekian lama Pemuda UMNO dilihat seperti orang buta kehilangan tongkat ataupun sebuah kapal yang terlalu ramai nakhodanya. Kekalutan perjuangan dan pendirian Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini begitu terserlah sehingga UMNO dan BN menerima kejutan dalam PRU12 lalu dan pemilihan kali ini merupakan satu manifestasi baru yang dituntut untuk gerakan ini kembali memacu parti dengan semangat serta idealogi baru. Pemuda UMNO yang gagal dalam proses meremajakan parti dan sekali gus menjadikan gerakan ini sebagai sebuah gerakan jumud dan ketinggalan zaman, maka satu keputusan bijak perlu dibuat dan sebuah pasukan pimpinan baru perlu diketengahkan. Secara jujur bukan sahaja Hishamuddin yang perlu melepaskan jawatannya, Khairy Jamaluddin juga perlu bertanggungjawab kerana gandingan pimpinan mereka berdualah menjadikan Pemuda UMNO kehilangan sokongan yang begitu ketara. Siapakah sebenarnya yang merosakkan Pemuda UMNO, tafsirkanlah sendiri kecuali yang enggan mengakui kerana telah termakan budi ataupun menerima upah setiap bulan bagi menjahanamkan parti dan diupah untuk menyokong membuta tuli. Ramai Ketua Pemuda UMNO yang sanggup dilacurkan oleh bapa ayam moden dan kesannya, UMNO malu besar sehingga kalah dalam PRU12. Guna jawatan untuk kepentingan peribadi dan mangsanya lagi adalah ahli Pemuda peringkat bawah yang lurus bendul. |
Wednesday, September 24, 2008
ketua pemuda umno?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment