Inilah ALASAN bodoh tolol seorang Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansur. Bagi beliau naik turunnya harga minyak, tidak ada kaitan dengan letrik.
“Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain”, katanya.
Lain pula dengan alasan semasa mahu menaikkan tarif eletrik dulu. Utusan Malaysia pada 26 Oktober 2007 melapurkan alasan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.
Menurut Che Khalib lagi, TNB bergantung kepada tiga sumber bahan bakar iaitu minyak dan gas yang kini mengalami lonjakan harga yang ketara dan sumber alternatif ketiga, arang batu yang turut mengalami kenaikan harga.
Jadi, siapa yang kita nak percaya di dalam hal ini. Shaziman kata TNB tak guna minyak, manakala CEO TNB kata guna minyak juga.
Harap janganlah Shaziman nak memperbodohkan rakyat lagi hanya semata-mata tidak mahu menurunkan tarif letrik. Cari alasan lainlah. Menteri semacam ini sepatutnya dipecat dari jawatannya…MEMALUKAN MELAYU dan menyusahkan rakyat saje
No comments:
Post a Comment