harga minyak semasa sudah turun di bawah US60.Hmm kenapa agaknya harga minyak domestik masih tak mahu turun.Semasa harga minyak pada paras US70 harga minyak(petrol) domestik ialah PM1.97 sebelum dinaikkan kepada RM2.70.Selepas harga minyak bergerak turun dengan begitu laju,nampaknya harga minyak domestik agak liat untuk turun.
Begitulah agaknya nasib rakyat Malaysia yang berkerajaankan BN.Kata orang BN itu barang naik tetapi untuk menurunkan harga barang, malam sikit.Kalau harga beras yang dah turun di pasaran dunia tidak menjejaskan negara kerana beras tempatan masih rendah tetapi harga minyak macam mana?
Menteri yang menjaga harga minyak pernah menyebut harga minyak akan mengikut harga minyak dunia tetapi harga yang menaik sahaja yang ikut tetapi bukan harga yang menurun.
Begitulah kalutnya orang orang yang dipertanggungjawabkan mengurus negara.Harga minyak yang sedang menurun gagal dimenafaatkan untuk faedah rakyat.Alai macam mana agaknya dua tiga bulan akan datang apabila tren menurun harga minyak berterusan?
Kemana arah kita?harga minyak masih tinggi dan masih membebankan semua peringkat rakyat.Malunya jadi rakyat Malaysia yang berkerajaan yang cukup lemah untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Minyak oh minyak bilakah mahu turun?nampak liat sungguh untuk turun.Nampaknya sukarlah rakyat untuk terus bersantai."
No comments:
Post a Comment