Sunday, March 25, 2012

PM satu MSIA auta atau PR

pm satu malaysia kata BN hanya janji perkara yang mampu dilaksanakan sahaja, tidak macam PR yang janji auta. janji dalam buku jingga semua auta. tapi kalau kita bandingkan prestasi kerajaan negeri PR dengan kerajaan BN mana yang lebih baik. 50 tahun perintah tak pernah rakyat nak rasa air percuma seperti di selangor. setiap bayi yang lahir dapat rm100 di penang. yang dapat hanya janji auta seperti dibawah.

Hospital Rembau: 2008 batu asas, kini papan tanda







(2008 sudah diletak batu asas, menjelang PRU 13 dinaikkan papan tanda pula)

REMBAU, 25 Mac: PAS Rembau mendakwa janji BN untuk membina hospital di daerah itu suatu penipuan semata-mata kerana tapak yang dipilih pun tidak sesuai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob berkata, BN hanya ingin menyedapkan hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan mengumumkan tender projek pembinaan Hospital Rembau akan dibuka pada April.

Sedangkan katanya, upacara meletakkan batu asas telah dilakukan  menjelang pilihan raya umum 2008 oleh calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin.


(2008 lancar, 2012 kekal dengan batu asas)

"Khairy Jamaluddin sewaktu berkempen pilihan raya 2008 janji dengan rakyat nak buat hospital. Tapi nak masuk pilihan raya ke-13, baru nak letak papan tanda. Ini pembohongan semata-mata.

"Hospital tak sesuai buat di situ sebab itu tanah industri, bukan tanah untuk buat hospital. Banyak kilang industri di situ dengan bahan buangan dan asap kilang, sesuai ke nak bina hospital? Persekitaran tidak bersih. Nanti orang sakit bertambah sakit," katanya sewaktu berceramah di Kampung Mulia, Pekan Rembau.

Baru-baru ini, pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menimbulkan beberapa persoalan.

Janji dibuat pada 2008 tetapi  tender hanya akan dibuka pada April ini.

Kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta pada 2008 tetapi dijangka meningkat pada tahun ini dan siapa yang akan bertanggungjawab dengan peningkatan kos tersebut.

No comments:

Search This Blog