PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan
sengit BN dan PR di Negeri Sembilan. Pada PRU 12 , BN menang 21 kerusi
Dun, PR menang 15 kerusi. Manakala BN menang 5 kerusi Parlimen, PR
menang 3 kerusi.
Tidak seperti Johor dan Melaka , jumlah
pengundi Melayu yang menyokong PR di Negeri Sembilan melebihi 30 % malah
di sesetengah Dun melebihi 45 %. Buktinya, PAS menang kerusi Paroi yang
mempunyai jumlah pengundi Melayu 65 %.
Pengundi Cina juga memberi undi yang
tinggi kepada DAP dalam PRU 12 lalu sehingga membolehkan DAP menang 10
kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Bagaimanapun , undi orang Cina kepada
PKR dan PAS tidak setinggi undi kepada DAP.
PKR menang 2 kerusi Dun yang mempunyai
majoriti pengundi Melayu di bawah 35 %. Manakala 2 lagi kerusi Dun yang
PKR menangi mempunyai pengundi Melayu hampir 60 %. Kedua-dua kerusi ini
PKR menang dengan majoriti yang tipis.
Pada PRU 13, peluang untuk PR
mempertahankan kesemua 12 kerusi yang dimenangi adalah cerah kerana
potensi undi orang Cina kepada PR menjangkau purata lebih 70% melebihi
semasa PRU 12 hanya dalam purata 60 %.
3 kerusi lagi yang dimenangi PAS iaitu
Paroi dan PKR iaitu Ampangan dan Sikamat memerlukan peningkatan undi
orang Cina dan India sehingga 65 % . Undi Melayu dijangka tidak banyak
berubah malah kemungkinan akan mengalami sedikit penurunan.
Pengundi India juga akan banyak
mempengaruhi keputusan pilihanraya di Negeri Sembilan kerana banyak
kerusi mempunyai jumlah pengundi India yang agak ramai. Terdapat 13
kerusi Dun yang mempunyai jumlah pengundi India melebihi 20 %. Justeru,
penentu penting kemenangan kesemua kerusi ini adalah orang India.
PRU 12 menunjukkan undi orang India
kepada PR adalah dalam purata 60 % . Bagi , PRU 13 dijangka akan berlaku
sedikit penurunan undi orang India kepada PR. Namun, sedikit penurunan
ini mampu ditampung oleh peningkatan undi orang Cina.
Jangkaan peningkatan undi orang Cina
akan memberi kesan kepada 4 kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu
di bawah 50 % iaitu Chennah, Jeram Padang, Rantau dan Linggi .
Bagaimanapun , kemenangan PR di Jeram Padang, Rantau dan Linggi turut
dipengaruhi pengundi India.
Sekiranya, peratus undi India kepada PR
tidak kurang dari 50 %. PR berpeluang cerah menang di ketiga-tiga kerusi
ini. Bagi kerusi Chennah , DAP dijangka tiada masalah memenangi kerusi
yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 53 %.
Jumlah pengundi Melayu yang menyokong
PAS dan PKR di 5 kerusi iaitu Klawang, Lenggeng, Pilah, Johol dan Labu
semasa PRU 12 mencapai 35 hingga 45 % . Sekiranya ,jumlah pengundi Cina
melonjak melebihi 60 - 65 % , PR berpotensi memenangi kesemua kerusi ini
dengan syarat undi India kepada PR juga tidak menurun di bawah 50 %.
Manakala 12 kerusi lain yang dimenangi
BN dijangka masih kekal di tangan BN. Hanya perubahan undi orang Melayu
kepada PR sahaja mampu mengubah penguasaan BN. Namun , jika undi Melayu
masih sama seperti PRU 12, amat sukar kerusi ini terlepas kepada PR.
Sungguhpun begitu gerak kerja PR di 12
kerusi ini boleh membantu mengubah minda orang Melayu untuk menyokong
PR. Sekiranya, jentera PR tidak bergerak di sini , jangan harap lah nak
rampas kerusi-kerusi ini. 12 kerusi tersebut ialah ;
1. Pertang
2. Sungai Lui
3. Serting
4. Palong
5. Seri Menanti
6. Senaling
7. Juaseh
8. Chembong
9. Kota
10. Gemas
11. Gemencheh
12. Bagan Pinang
Bagi kerusi Parlimen , peluang PR untuk
menambah kerusi adalah tipis sekiranya BN masih menguasai 12 Dun di
atas. PR kekal di Seremban , Rasah dan Teluk Kemang. Manakala BN di
Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin.
Hanya Rembau dalam kedudukan 50 : 50
Hanya Rembau dalam kedudukan 50 : 50
No comments:
Post a Comment