Wednesday, March 28, 2012

BN MENANG 150 KERUSI DALAM PRU-13

150 KERUSI. Itulah jumlah kerusi Parlimen yang akan dimenangi Barisan Nasional di dalam PRU-13 nanti sekaligus memberinya mandat 2/3. Selangor dan Kedah akan jatuh ke tangan Umno.

Itulah laporan yang dikatakan dibentangkan oleh Rais Yatim menerusi Kementerian Penerangan kepada Perdana Menteri Najib Razak semasa pertemuan dengan pegawai-pegawai penerangan di PICC semalam.

Rata-rata di kedai kopi termasuk di Riverside orang bercakap mengenainya. Orang bercakap mengenai laporan kajian kebarangkalian keputusan PRU-13 yang disediakan oleh jentera penerangan di bawah Rais.

Lebih mengelikan hati, orang bercakap mengenai Menteri Penerangan naik ke pentas meminta pegawai-pegawai penerangan memberi tepukan gemuruh dan berterusan dari mula Najib masuk ke dewan sehinggalah beliau duduk.

Khabarnya, Najib sendiri merasa segan selepas dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku apabila beliau masuk ke dewan PICC nanti.

Kita tabik Najib. Beliau tidak mudah digula-gula dengan perkara seumpama itu.

Katanya, Najib di dalam ucapannya, memberi gambaran bahawa beliau tidak mudah dilalikan dengan "bunga-bunga" Kementerian Penerangan yang kononnya BN akan menang 150 kerusi.

Malahan Najib dikatakan berkata beliau mempunyai maklumatnya sendiri bahawa suasana politik bukan seperti yang digambarkan oleh Kementerian Penerangan dan BN menghadapi tentangan hebat di 6 negeri.

Kalau lah kita yang menyediakan laporan tersebut, kita akan malu sendiri.

Tetapi tidak kepada mereka yang tebal mukanya termasuk mereka-mereka yang pernah membakar jambatan yang mahu menongkat langit.

No comments:

Search This Blog

Loading...