Friday, January 6, 2012

Pengganti Anwar sudah ditemui !


Tarikh 9hb ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Tarikh itu menentukan nasib Anwar Ibrahim samada bakal menjadi warga Sungai Buloh atau masih bebas menjelajah negara.
Persoalan kini, siapakah yang bakal mengambil tempat Anwar jika beliau menjadi warga Sungai Buloh?



Jika sekadar pimpinan PKR, rasanya ramai yang boleh menggantikannya. Antaranya seperti Azmin Ali, Nurul Izzah bahkan Dr Wan Azizah pun boleh mengambil tempatnya.
Tetapi bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Tidak dinafikan tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah hasil idea Anwar sendiri. Bahkan "aroma" Anwar begitu terasa dalam Pakatan Rakyat.
Pengaruh Anwar dalam PR begitu kuat. Maksudnya bukan Anwar menguasai PR tetapi cara kendalian dan menyelesaikan percanggahan idea antara PAS dan DAP oleh Anwar begitu dihormati dan diterima oleh kedua parti.

Barangkali Anwar telah "menurunkan ilmunya" dan menunjukkan jalan kepada PAS dan DAP bagaimana menyelesaikan masalah jika beliau berkelana di Sungai Buloh.
Walaubagaimanapun, seseorang perlu dicari untuk mengambil tempat Anwar. Antara yang dikira layak adalah TG Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS. Pengaruh beliau bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
Banyak bicaranya lebih menjuruskan kepada Islam dan tidak kepada Melayu sahaja. Lihat isu ADUN Bukit Lenjan Elizaberth Wong MP Serdang Teo Nie Ching dan MP Taiping Nga Kor Ming . Lihat bagaimana ketiganya "mencari" TG Nik Aziz untuk meminta pendapat dan "fatwa". Di sini non Muslim menjadikan TG Nik Aziz sebagai tempat pengaduan dan rujukan.

Banyak kenyataan TG Nik Aziz tidak menjuruskan kepada semangat perkauman. Misalnya soal calon Perdana Menteri. Beliau melihat isu kaum untuk menjadi PM bukanlah mutlak untuk orang Melayu sahaja. Apa yang penting Islamlah yang perlu diutamakan. Maknanya PM itu terbuka kepada semua kaum asalkan Islam.

Inilah antara sikapnya yang diterima oleh semua kaum. Beliau sanggup membela kaum lain yang dizalimi oleh kaumnya sendiri demi keadilan Islam. Kaum Cina dan India menjadikan TG Nik ikon terbaik untuk di contohi dari segi kehidupan yang sederhana, sikap politiknya dan pembelaanya.
Sudah ramai pimpinan muda DAP yang boleh menerima TG Nik Aziz sebagai "penyatu dan penyelesai masalah".

Barangkali Karpal Singh sahaja yang "balah cakap" dengan TG Nik Aziz. Biasalah sama-sama mempunyai usia yang sama. Sama-sama tua. Orang tua jika "bergaduh" itu tandanya mereka berkasih sayang! Lihat bagaimana TG Nik Aziz bergurau dengan Karpal Singh, " Saya lihat bulan ada di dada Karpal Singh..."


Sesungguhnya kita sudah "letih bergaduh" atas isu yang ditimbulkan oleh UMNO. Ingat, jika kita "bergaduh" semasa Anwar di Sungai Buloh, bermakna kita memerlukan 30 tahun lagi untuk bersatu seperti sekarang. Fikir-fikirlah wahai pimpinan atasan PKR, PAS dan DAP.

No comments:

Search This Blog