Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya
melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana
mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan
belailah selalu janggut suami.
Dr Jamnul Azhar
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini
sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman
silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut
telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang
interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan
berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.
Berjanggut
dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat,
para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku
dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda
yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang
ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk
perbuatan yang membawa kepada fasiq.
Sikap
tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap
keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah
berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam
masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang
itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih
dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.
Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak
mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar
pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika
hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan
walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.
Rasulullah
saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan
beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman
supaya memelihara janggut atau jambang mereka.
No comments:
Post a Comment