Thursday, January 5, 2012

Hasan Ali cadang Nik Aziz, Hadi ganti Anwar jadi PM

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

"Kita juga perlu melihat sekeliling, terutama sama ada keluarga mereka baik, isteri dan anak-anak yang baik. Ini kerana mereka umpama cermin kepada masyarakat."

"Atas sebab ini, orang yang paling layak memimpin Malaysia dan yang terbaik saya tahu adalah Nik Aziz."

"Jika umur adalah faktor, maka Abdul Hadi boleh. Mengapa Hadi tidak boleh? Kerana dia tidak terlatih di England atau Oxford atau Cambridge?" soal beliau.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidu, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

"Jika saya mempunyai kuasa untuk membuat cadangan saya akan nama kedua-dua mereka sebagai calon perdana menteri yang berpotensi untuk menerajui negara," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

aku kalau jumpa hassan ali aku nnak ludahmudst

AliHasan said...

kenapalah para pemimpin PAS ada otak dikepala, namun guna kepala lutut untuk berfikir!
bangang apakah mereka ini, sehingga mereka tidak sanggup halau si Hasan Ali keluar dari PAS.
adakah mereka masih belum terbau kencing si Hasan Ali ke atas bendera PAS. Kalau mereka begitu bangang, kambing pun tak mahu mengundi PAS.
pada hari ini, si Hasan Ali dah mula berak, bukan sahaja berak depan pejabat PAS Selangor, bahkan beliau sanggup berak dalam serban TG.Hj Hadi. Kalau pun pemimpin PAS buta tak nampak taik yang diberak si Hasan Ali, tak masuk akal hidum pemimpin PAS tersumbat juga.
Kalau si Hasan ini dibiarkan berterusan, beliau mungkin kentut atas muka Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Tantawi. Kalau tak perasan juga orang kentut atas muka kita, lebih baik jadi batu nisan sahaja.
semua orang tahu, si Hasan ini berani sangat untuk jadi hantu UMNO kerana beliau duduk celah kengkang Harun Din, seorang bomoh segala jin dan saka yang terkenal.

- "jangan hina kekanda saya" - kata-kata hikamat kontraktor jalan terkenal.

Search This Blog