Sampai bila? dari generasi ke generasi
Adakah ini semua dari hasil sumbangan kita?
Ada
suara menyeru supaya tidak perlu gundah gulana di atas apa yang
berlaku, kerana semua sudah tertulis dan satu masa nanti yahudi akan
hancur.
soalan
saya, adakah kita tahu zaman yang dinantikan itu dan perlukah kita
hanya berdiam diri sambil menunggu kedatangan Nabi Isa A.S dan Imam
Mahdi?
Tentu
ada perbezaan jika kita bertindak daripada hanya berdiam diri. Walaupun
kita kalah sekalipun, perjuangan tidak harus terhenti disini, kerana
Allah S.W.T melihat usaha dan kesungguhan kita.
Apa
yang saya lihat selama ini, tiada satu tindakan yang konkrit dan
bersepadu yang diambil oleh negara umat Islam dalam menghadapi Yahudi
Zionis.
Ya,
sudah tentu perpaduan sesama umat Islam menjadi punca. Mengapa kita
tidak bersatu? Pada pandangan saya yang naif ini, kerana kita tidak
kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan pada peringkat individu
tetapi peringkat kenegaraan dan kepimpinan. Lihatlah ideologi yang
dianuti oleh negara umat Islam. Semuanya menganut fahaman ciptaan
manusia seperti fahaman Baath dan lain-lain.
Begitu
juga Arab Saudi yang kononnya begitu menjaga persoalan Bidaah (furu),
dalam persoalan ibadah sehingga merobohkan monumen sejarah dan tinggalan
Nabi, tetapi amat berlembut dengan negara Kafir bahkan membenarkan
pangkalan tentera asing di negara meraka yang digunakan untuk menyerang
negara umat Islam.
Ini semua amat memalukan.
No comments:
Post a Comment