Lelaki
bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan
mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui
satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang berkhatan.
Kajian
tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser
berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap
kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV).
Virus Human Papilloma (HPV)
Bagi
mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada lelaki terutama
bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun. Bagaimanapun,
mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan jangkitan kanser serviks malah mengekalkan faktor kesihatan yang lain.
Kajian
juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun kurang terdedah
kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi yang
tinggi. Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap belum
terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.
Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins
juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan mempunyai
kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah
daripada biasa.
Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.
Dr Maria Wawer
“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan."
Mereka
juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV
yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.
Selepas
dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan
dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki
tidak berkhatan.
Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher.
Berkhatan Dalam Islam
Perkataan
berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam
ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut
sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan
sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.
Yahudi juga mengamalkan berkhatan
Menurut kitab Fathul Mueen,
berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada
juga sebilangan besar ulama berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita
hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita
tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki
adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah
sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan
diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa
yang lebih selamat.
Berkhatan
adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari
ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya
mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk
sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang
mencapai akil baligh.
Berkhatan
untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin', kulit yang menutupi
kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis
keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Untuk
kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat
berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di
'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit
atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak
mencacatkan.
Mencegah lebih diutamakan di dalam Islam berbanding merawat. Indahnya Islam.
No comments:
Post a Comment