RIBUAN rakyat jelata berbaris di sepanjang jalan dari Istana Anak Bukit hinggalah ke Lapangan
Terbang Kepala Batas. Rakyat Kedah sangat bangga untuk mengucapkan
selamat berangkat kepada Tuanku Sultan Kedah yang akan menaiki
singgahsana takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kali yang ke-14 pada
usia 84 tahun.
Kebanggaan rakyat
berganda kerana baginda akan ditabalkan buat kali kedua dalam sejarah
kehidupannya. Kali pertama baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan
Agong ialah pada tahun 1970 hingga 1975.
Sebaik
kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
mengambil alih Kedah pada 2008, negeri Jelapang Padi ini meraikan
sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda.
Semua
upacara istiadat sambutan dikepalai oleh Menteri Besar daripada PAS.
Kini, sewaktu baginda Sultan berangkat ke Istana Negara sebagai Yang
di-Pertuan Agong pun Menteri Besarnya masih daripada PAS. Allah yang
mengatur bahawa segala catatan gemilang baginda berlaku pada masa
Pakatan Rakyat.
Tunku Abdul Halim adalah Sultan
yang istimewa di mata rakyat, bukan hanya di Kedah tetapi di Malaysia.
Baginda benarbenar seorang raja yang dilihat tidak mencampuri urusan
politik rakyat.
Kerajaan negeri Perak yang
dipilih secara sah oleh majoriti rakyat tetapi krisis politik yang
berlaku sehingga tercetus ungkapan ‘sembah derhaka’ apabila keputusan
Istana tidak disenangi oleh pihak yang digulingkan secara tidak
demokratik. Ada peristiwa kontroversi di mana rakyat berbaring di atas
jalan menghalang perjalanan Sultan ke istana.
Di
Selangor satu demi kenyataan pihak istana ‘berjaya’ dimanipulasi oleh BN
bagi menggambarkan bahawa dalam keadaan tertentu pihak istana dan
kerajaan negeri macam tidak sebulu. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan
Negeri dan beberapa tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor,
menyerlahkan perbezaan tersebut.
Kelantan, suatu
masa dahulu sewaktu Sultan yang ada kini belum menaiki takhta terdapat
juga isu-isu tertentu yang boleh dimanipulasi oleh BN bagi menggambarkan
kononnya pentadbiran kerajaan dan istana tidak sehaluan.
Di Kedah, kebijaksanaan sikap Tuanku Sultan menyebabkan tiada isu yang
boleh digunakan oleh pihak pembangkang (BN) bagi mengeruhkan hubungan
antara kerajaan dan istana. Kali pertama Ustaz Azizan diserang adalah
isu yang berkaitan kononnya Menteri Besar itu menderhaka kerana
menggunakan payung kuning istana, walhal payung kuning tersebut adalah
milik sebuah syarikat minyak. Dikhabarkan apabila baginda dimaklumkan
mengenai isu payung kuning tersebut, baginda hanya tersenyum.
Kali kedua, Pemuda Umno Kedah menghantar memorandum kepada Sultan Kedah
kerana kononnya seorang Exco kerajaan negeri telah menderhaka kepada
baginda dengan mengeluarkan kata-kata tidak sopan. Sumber maklumatnya
hanyalah berdasarkan sehelai surat layang yang tidak diketahui siapa
menulisnya. Ironinya, sejurus selepas Exco berkenaan diserang, beliau
telah dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Tuanku Sultan.
Tidak pernah pemimpin PAS sewaktu jadi pembangkang menerima anugerah
yang membawa gelaran Dato’ melainkan berlaku pada Almarhum Ustaz Fadzil
Noor yang menerimanya sewaktu menjadi ketua pembangkang di Dewan
Undangan Negeri. Hanya Sultan Kedah yang berjiwa besar yang bersedia
memberi anugerah seumpama itu kepada individu pembangkang.
Bagi baginda semua rakyat Kedah adalah rakyat baginda juga yang tidak
harus dibezakan kerana perbezaan politik parti yang memerintah.
Sewaktu sebahagian besar rakyat Malaysia terpengaruh dengan media BN
yang mendakwa Ibrahim Libya dan rakan-rakannya adalah penjenayah, Tuanku
Abdul Halim mencemar duli merenjis air mawar di makam 14 syuhada
Memali. Jika tidak kerana krisis pindaan perlembagaan 1992 (di mana Umno
telah membuang kuasa raja-raja) Sultan Kedah telah berangkat ke majlis
ihtifal Madrasah Islahiah Diniah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim
Libya. Keberangkatannya ke madrasah tersebut seperti dijadualkan
dibatalkan pada saat akhir.
Apabila Sultan Kedah
ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, timbalan baginda ialah Tengku
Faris Petra iaitu Sultan bagi negeri Kelantan. Tengku Faris juga seorang
yang sangat hebat di mata rakyat. Baginda boleh mengimamkan solat
jemaah dan melakukan sembelihan korban dengan tangannya sendiri. Hampir
tidak pernah dilihat seorang raja yang berketayap dan berjubah,
melainkan Sultan Kelantan.
Kehadiran Tengku Faris
di atas takhta turut dapat menamatkan cubaan BN untuk memanipulasi
apa-apa isu berkaitan hubungan kerajaan negeri dan istana.
Apa yang lebih istimewa mengenai perencanaan Allah SWT di sebalik
pelantikan Yang di- Pertuan Agong dan Timbalannya itu ialah baginda
berdua adalah dari dua buah negeri yang ditadbir oleh PAS atau Pakatan
Rakyat. Inilah kali pertama ia berlaku dalam sejarah Malaysia.
Sekarang satu Malaysia sedang bergelut dalam pertarungan terbesar
politik yang bakal berlaku tahun hadapan, iaitu pilihan raya umum ke-13.
Apakah kebetulan di sebalik pelantikan dua orang Sultan dari dua buah
negeri di bawah pentadbiran PAS atau Pakatan itu memberi petunjuk bahawa
calon daripada Pakatan Rakyat yang akan mengisi jawatan Perdana Menteri
selepas PRU13 nanti? Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana Dialah
yang merencanakan segalanya.
No comments:
Post a Comment