Thursday, June 30, 2011

kenyataan dari penipu yang pengecut

kenyataan dari pemimpin no 1 yang cuba menipu rakyat yang buta hati dan selama ini hanya hidup dibawah tempurung BN. kalau ikhlas benar kenyataan PM yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan keluarga, tunaikan tuntutan BERSIH. bila ada pilihanraya, jangan berkempen atas kapasiti PM dan kerajaan . 

kempen atas nama parti reput yang akan lenyap dimakan anai-anai sepeunuhnya pada PRU13 nanti. jangan berkempen dengan mengerah seluruh jabatan kerajaan dan guna wang rakyat untuk hentam rakyat balik. kalau tidak rela menang tipu, gunakan dakwat semasa hari mengundi, hapuskan undi pos, lanjutkan tempoh berkempen, media cetak dan elektronik di guna samarata. banyak lagi lah kalau nak dihuraikan disini. rasa nak termuntah dah kalau nak sebut lagi....baik kita tunggu PRU13 dan jika ditakdirkan putrajaya dapat ditawan....insyaallah.....semua ini akan diubah. wahai rakyat malaysia, buka lah minda, mari kita lakukan perubahan pada PRU13 nanti. jika pakatan rakyat gagal untuk mengotakan janji, ubah dan jatuhkan mereka. rugikah rakyat pulau pinang, selangor, kedah dan kelantan setelah mereka merubah kerajaan. huru-hara kah hidup mereka. sama-sama lah kita berfikir demi kehidupan lebih sejahtera.

Tidak rela BN menang tipu




KOTA KINABALU 29 Jun - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela melakukan penipuan dengan menggunakan taktik kotor demi mendapat kemenangan hampir 100 peratus dalam pilihan raya.sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau mahukan kemenangan BN berpaksi dan berlandaskan kepada perasaan senang hati rakyat kepada parti dan bukan sebaliknya.
"Terdapat sesetengah kerajaan mendapat kemenangan sehingga 95 peratus dalam pilihan raya. Saya pun suka kalau dapat kerana jika boleh saya pun mahukan angka 95 peratus itu. Tetapi saya tidak rela dapat sokongan besar atas penipuan.
"Saya mahu BN menang kerana rakyat senang dengan kita, sebab itulah pada setiap masa kita sanggup berhadapan dengan pembangkang (setiap pilihan raya)," katanya ketika berucap sempena Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam ini, yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan etnik.
Sambil menyelar tindakan pembangkang yang cuba merampas kuasa melalui demonstrasi jalanan, beliau berkata, BN setiap kali tiba pilihan raya akan menyerahkan sepenuhnya nasib untuk ditentukan oleh rakyat.
"Demonstrasi jalanan, rusuhan dan konflik dalaman bukan jawapannya kerana ia jelas tidak menghormati keputusan rakyat. BN serah nasib kepada rakyat.
"Kita tidak akan sama sekali menyerahkan nasib kepada demonstrasi jalanan atau sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.
Sementara itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah faktor keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang kerana ia boleh berubah menjadi buruk dalam sekelip mata sekiranya tersilap percaturan.
Ini kerana, jelas Perdana Menteri, senjata utama pembangkang ialah menabur janji, bukan setakat bulan dan bintang, tetapi juga sistem galaksi kepada rakyat.
"Janji demi janji (dibuat) kerana mereka tahu ia tidak perlu ditunaikan. Amat senang tabur janji semasa tidak berkuasa, tetapi tengoklah apa yang dibuat setelah berkuasa.
"Jika kita buat penilaian yang betul, sudah tentu kita tahu bahawa tiada pihak lain yang boleh menjamin masa depan rakyat melainkan kerajaan BN," katanya

1 comment:

Amuraria said...

INILAH KUASA KELENTONG DAN PEMBOHONGAN ERA TERKINI ! KELENTONGAN TERSOHOR SIBANTU OLEH MEDIA PENGAMPU UTUSAN MELOYA & BERITA HAIRAN PANDI KUTTY ! JANGAN LUPA JUGA MEDIA PRIMA TV3SUKU YANG BOS NYA UMNO@APCO SETIAP HARI MENIPU DAN SELEWENG BERITA BENAR JADI TAK BENAR KAHKAHKAH !

Search This Blog