Saturday, April 2, 2011

Hati-hati buat tuduhan zina

 Semua pihak diminta berhati-hati dalam membicarakan isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang kerana ia melibatkan tuduhan zina. Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Muhamad Mustafa berkata, menuduh seseorang melakukan zina adalah sesuatu yang amat serius dalam Islam dan hukuman ke atas orang yang menuduh tanpa bukti atau qazaf telah diperincikan dalam al-Quran.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit berkata, ayat keempat dalam surah An-Nur menyatakan bahawa pihak yang menuduh orang melakukan zina hendaklah membawa empat saksi dan jika gagal hendaklah dikenakan hukuman 80 kali sebatan.
"Oleh itu, dalam keghairahan berbincang tentang pendedahan video tersebut, semua lapisan masyarakat tidak kira pihak media atau orang awam mesti berwaspada supaya tidak menjadi antara golongan yang bersubahat membuat tuduhan zina palsu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di pekarangan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri menggantikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Muhamad, ajaran Islam menetapkan kaedah pembuktian yang ketat kerana tidak mahu orang ramai sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah zina dalam masyarakat sekali gus menjatuhkan maruah seseorang.

4 comments:

Anonymous said...

kalau dah ada video kena 4 saksi jugak kah...mane ade org berzina ditempat awam.

Anonymous said...

kalau dah ada video kena 4 saksi jugak kah...mane ade org berzina ditempat awam.

pemuda cheh said...

jangan tanya saya.....tanya pada allah sebab undang undang tu ada dalam alquran...

Anonymous said...

Sape le teman nak pertikaikan hukum Allah.

Search This Blog