Oleh: Juruharoh
"Sakit hati pun ada, geram pun ada, bila Ketua Polis Negara kata, trio yang mendedahkan dan menayangkan video lucah yang menfitnah DS Anuar Ibrahim tidak di tahan dengan alasan belum cukup bukti. Kalau sampai masa cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita bertindak ikut undang-undang, itulah kenyataan KPN yang saya petik dari Malaysiakini.
Saya nak tanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, orang-orang yang ditahan reman dalam lokap tu semuanya dah cukup bukti ke akan kesalahan mereka? Yang sudah-sudah bila barang syarikat hilang, orang yang mula-mula kena tahan adalah pengawal keselamatan. Adakah polis ada bukti mereka itu mencuri? Pegawal keselamatan yang membawa duit ke bank, tiba-tiba kena rompak tengah jalan, pegawal itu dulu yang kena tahan lokap. Mana buktinya polis tahan mereka? Begitu juga jika orang membuat laporan polis tentang kecurian di rumah mereka. Mula-mula polis akan tanya siapa yang kita syakki? Kalau kita beritahu si A, kena lokaplah si A sebagai suspek, sedangkan buktinya belum ada lagi.
Kalau begitulah kenyataan Ketua Polis Negara, jom lepas ni kita nak tengok polis sumbat atau tidak seseorang itu dalam lokap kerana DISYAKI semata-mata melakukan sesuatu kesalahan tanpa bukti.
Sepatutnya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berterus terang sajalah iaitu polis tidak boleh tergesa-gesa tangkap mereka walaupun mereka mengaku terlibat dalam kes penayangan video tersebut , sebab mereka itu ada kepentingan dalam UMNO/BN. Tapi kalau mereka itu tidak ada kepentingan dalam UMNO/BN polis akan segera tangkap meskipun belum ada bukti. Jadi orang ramai pun faham."
1 comment:
PDRM TAK AKAN TANGKAP JIKA AHLI UMNO@APCO ! MELAINKAN JIKA MEREKA LAWAN TOWKEY !
Post a Comment