Tuesday, November 2, 2010

Selamatkan Malaysia, Baru Sabah Boleh Diselamatkan

  
  IMG_3748 Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Pilihan Raya Kecil Batu Sapi adalah ujian penting bagi Pakatan Rakyat dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.

Kit Siang berkata terdapat beberapa usaha untuk menyelamatkan Sabah sahaja tetapi kini adalah jelas negeri tersebut tidak boleh diselamatkan sekiranya Malaysia tidak lebih dahulu diselamatkan.


"Pilihan raya kecil Batu Sapi menandakan buat pertama kali dalam sejarah negara perubahan secara drastik digerakkan bermula dari sini ke seluruh Malaysia.

"Sejak Sabah menyertai Malaysia pada 1963 dan negara merdeka pada 1957, kita melihat Malaysia gagal merealisasikan potensi dengan sepenuhnya dan ia semakin menuju negara gagal. Menteri Kabinet juga mengku negara akan muflis menjelang 2019. Oleh kerana itu adalah agak mustahil membuat perubahan di Sabah tanpa menguasai Putrajaya, baru semua dasar yang merugikan negeri ini mampu di perbaiki," kata Kit
Siang pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat semalam.

Beliau menegaskan hanya dengan pertukaran kerajaan di peringkat pusat barulah perubahan menyeluruh menubuhkan satu sistem kerajaan yang bersih, bebas rasuah, telus dan adil boleh di laksanakan diseluruh negara.

"Jadi pilihan raya di Batu Sapi bukan sahaja pertandingan bagi satu kerusi Parlimen tetapi satu pertembungan politik yang akan mencorakkan landskap politik Malaysia. Najib tidak takut sekiranya Yong Teck Lee menang di Batu Sapi tetapi jika Ansari dari Pakatan Rakyat menang ini akan menjadi pencetus kepada perubahan yang lebih besar," tegasnya lagi.

No comments:

Search This Blog