Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas memperlihatkan pertandingan antara Pas dan Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau agak kuat di Gua Musang, Kelantan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, antara faktor utama kemenangan Barisan Nasional (BN) di Galas adalah Ku Li yang dianggap ‘legenda’ di Gua Musang dan umum mengetahui pengaruh Ku Li di yang kuat di kawasan itu.
“Kemenangan BN itu bukanlah kemenangan mutlak BN, sebaliknya kemenangan itu adalah dipengaruhi kepimpinan dan pengaruh Ku Li yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas.
“Apabila Pakatan Rakyat (PR) bertanding di Galas, ia sebenarnya adalah perlawanan antara Pas menentang Ku Li kerana berdepan dengan pemimpin ‘legenda’ di Gua Musang; malah umum tahu dengan pengaruhnya.
"Itu bukan kemenangan BN atau UMNO tetapi lebih kepada kemenangan Ku Li. Kita ucap tahniah kepada BN, namun ‘kredit’ kepada Ku Li,” katanya, di sini, semalam.
Mengulas berhubung kemenangan BN di Parlimen Batu Sapi, Guan Eng berharap agar BN mengotakan janji-janji iaitu mahu membantu rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan itu.
No comments:
Post a Comment