Monday, November 15, 2010

Bolehkah PAS Berubah?


PAS perlu ubah pendekatan.... PAS 'baru' dengan pembaharuan dari segi pendekatan tanpa mengubah dasar, amat diperlukan untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU), kata penganalisis politik, Ghazali Mayudin.
Bercakap dalam forum "PAS Sedia Ganti Umno: Harapan dan Cabaran" di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) petang semalam, beliau berkata, senario politik hari ini, hanya PAS baru boleh menggantikan Umno."PAS tidak boleh ganti Umno dalam kerangka yang lama.Berdasarkan senario politik semasa, PAS baru dengan pendekatan yang baru, kaedah yang baru mungkin boleh. Tapi PAS yang sedia ada agar sukar untuk menggantikan Umno," katanya.

Beliau juga berkata, PAS harus bersedia berubah mengikut kehendak masyarakat tanpa perlu mengubah dasar Islam yang diperjuangkan.

Perubahan tersebut juga perlu menyeluruh, bukan bersifat cebisan sahaja.

"PAS mesti berubah mengikut perubahan-perubahan dan kehendak-kehendak dalam masyarakat supaya diterima umum. Bila kita katakan PAS ganti Umno bermakna kita nak masyarakat Melayu menerima PAS untuk menggantikan Umno.

"Perubahan keadaan bukan bersifat cebisan tapi menyeluruh. Dari segi keahlian juga harus berubah. Bukan sahaja ahli PAS setakat dengar ceramah tetapi haruslah bergerak ke lapangan masyarakat, baru boleh berlaku satu transformasi.


Tambahnya, bagi memastikan PAS diminati, bukan dibenci, parti itu harus tahu menggunakan isu yang relevan mengikut perkembangan dalam masyarakat

"Perubahan yang harus dilakukan ialah dari segi cara kepimpinan, cara memerintah negeri, dan dasar-dasar yang ditekankan.

"Sekarang ini orang menekankan hak asasi, kebebasan, ketelusan dan sebagainya. Jadi agak asing kalau PAS masih memperjuangkan isu-isu yang mengguris dan menyebabkan orang lari daripada PAS," katanya lagi.

Sudah ada perubahan

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Shaharudin Badarudin dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadah, PAS sudah mengalami proses perubahan yang besar sejak lima tahun kebelakangan ini.

"Dalam empat, lima tahun ini PAS berubah begitu besar. PAS sudah mengalami perubahan itu terutamanya sejak tahun 2001, banyak pembaharuan yang dikemukakan.

"Contohnya isu muslimat boleh bertanding. Walaupun pada mulanya memang dibenarkan dan kemudiannya tidak dibenarkan, ia dibenarkan kembali pada 2003. Begitu juga dengan penubuhan kelab dan seterusnya Dewan Himpunan Penyokong PAS, tahaluf siasi iaitu pakatan dengan DAP dan NGO sudah mencirikan PAS baru.

Menurutnya juga, PAS telah menunjukkan kelebihan apabila boleh bergerak kerja tanpa mendominasi Pakatan Rakyat, seperti Umno mendominasi barisan Nasional.

"Kelebihan PAS ialah PAS boleh bekerja dalam keadaan tidak mendominasi parti. Dalam tidak dominan itu PAS mampu melakukan perundingan dan sebagainya dengan DAP dan PKR, apatah lagi jika PAS mendominasi Pakatan, sudah tentu banyak kejayaan yang boleh dicapai," katanya.

Forum dua jam itu dipengerusikan oleh ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat dalam seminar "PAS ganti Umno" anjuran lajnah penerangan dan dakwah PAS Pusat. -harakahdaily


Ulasan GB

Persoalan pokok, mampukah PAS dan ahlinya berubah?

Senario yang ada kita melihat PAS dan ahlinya terlalu ingin kemenangan tetapi tidak ada kesungguhan di dalam setiap usaha yang dilakukan untuk mencapai kemenangan.

Ahli-ahli PAS benci dan takut dengan kritikan. Apabila blog seperti blog GB mengkritik parti komponen Pakatan Rakyat cepat saja dianggapnya GB sebagai blogger UMNO yang menyerang, tidak dihargai ulasan-ulasan kita untuk memperbaiki dan memperkemaskan parti.

Maunya, biar hanya yang indah-indah dipaparkan. Yang jelek sekalipun ada hendaklah disorokkan. Cukup dah katanya kita dah dihentam oleh media UMNO BN. Biar media PR dan blogger menyajikan perkara baik dan wangi sahaja tentang PR.

Sedangkan kebenarannya, yang pahit itulah ubat untuk ditelan supaya "demam" PR segera sembuh. Hanya anak-anak kecil yang manja takut memakan "ubat yang pahit".


Sewaktu sebelum PRK Galas, Pemuda PAS menganjurkan Ijtima' Tarbawi dengan laporan 5,000 pemuda berhimpun di Rusila dan ia merupakan pelancaran jentera PAS untuk PRK Galas tersebut.

Jika setiap seorang dari peserta Ijtima berkenaan dapat mencari seorang saja penugundi, kita sudah dapat 5,000 pengundi dan boleh menang. Tetapi PAS hanya memungut 4,134 undi, maka kita kalah. Itupun tidak dapat disandar kesemua 4,134 undi hanya usaha Pemuda. Ini bererti Ijtima Pemuda di Rusila itu sepatutnya dibedah dan diberikan penilaian terhadap keberkesanannya.

Contoh terkini, tatkala PAS berforum di Shah Alam dengan tajuk "PAS Sedia Ganti Umno", rakyat marhain yang ada di antaranya sedang bersusah payah di Kedah kerana banjir, ada pesawah sedang menitis air mata kerana tidak tahu apakah kesudahan nasibnya selepas ini, ada di mana-mana di dalam negara ini, seorang petani sedang menghitung wang syiling dari tabung untuk mencari sesuap nasi, ada pemanjat pokok kelapa yang sedang memetik buah untuk menanggung anak-anak yang sedang di bangku sekolah, ada pemetik kelapa sawit yang sedang menderita kerana pokoknya lawas tidak menghasilkan buah yang baik dan pelbagai lagi kisah rakyat yang masih susah. Apa usaha PAS / PR untuk mereka?

Kita hanya menjengah dan mengetuk pintu mereka sewaktu pilihanraya diadakan. Sebelumnya?

Kita berijtimak, berforum, berseminar di bilik hawa dingin tentang sesuatu yang muluk-muluk untuk menyedapkan hati, dan kita mendakwa bahawa kita adalah "kerajaan menanti" sedangkan pesawah, petani dan pemanjat pokok kelapa itu sedang menggelengkan kepalanya dengan menyatakan di dalam hati mereka, "ada kamu semua jengah kami? Kamu serupa saja dengan mereka, aku tetap begini juga".

Hal ini yang berlaku di Manek Urai, Bagan Pinang, Galas dan Batu Sapi.

Hal ini mengingatkan saya tentang kisah Umar Al-Khattab. suatu malam menyamar menjadi rakyat jelata dan menyusuri kampung-kampung kecil di Madinah. Di sebuah tempat, ia berhenti karena melihat seorang perempuan tengah merebus batu kerana tidak punya gandum untuk ditanak. Anak si perempuan menangis tak henti-henti karena lapar. Perempuan itu merebus batu, untuk membujuk anaknya, agar berhenti menangis.

Umar terperanjat. Nuraninya tersodok. Ia cepat-cepat balik dan langsung menuju gudang tempat penyimpanan gandum. Umar bin Khatab mengambil satu karung gandum dan memikulnya di atas bahunya sendiri. Ketika seorang pembantunya ingin membantu mengangkat karung gandum itu, Umar berkata, “Apakah kau sanggup memikul dosaku kerana aku membiarkan umatku kelaparan, sementara aku tak memberinya makan?" Umar kembali menuju rumah perempuan miskin itu dan memberikan gandum itu agar mereka bisa makan dengan semestinya.

Siapakah diantara pemimpin PAS / PR yang ada melakukan ini?

2 comments:

Anonymous said...

Perubahan besar yang harus dilakukan ialah menukar pimpinan saf pimpinan PAS yang sedia ada kepada ynag lebih berjiwa Rakyat sesuai dengan Prinsip Islam.Pinpinan sedia ada seolah olah di buai mimpi alam fantasi pimpinan otrodok dengan sikap oportunis senentiasa mengintai peluang harus di singkirkan dengan segera.Pemimpin yang secara peribadi mempuyai high teast tidak harus di jadikan pimpinan.Fahaman yang penuh dengan teori dan bercangah dari segi pelaksanaan serta budaya kagum dengan ilmu dan establisment dan megenepikan aklak sebagai contoh di ikuti merupakan suatu faktor kelemahan dalam PAS .Sikap terlalu bersangka baik pada pemimpin yang terserlah aibnya perlu di kenal PASTi.Saya berani katakan Orang seperti ,Hasan Ali ,Azizan Razak,Nazaruddin,Mustafa Ali tidak pernah berubah dari segi cita cita politik mereka.Keutama mereka adalah habuan perjuangan bukannya pelaksanaan dasar itu sendiri.Aklak sebagai pejuang serta latar belakang sebagai pejuang jauh sekali.Ini terbukti pabila terserlah Cita rasa yang tertentu bersifat elit serta fikrah yang berlawanan arus.Namun demikian sikap president parti yang masih di takok lama membuatkan Ahli menjadi semakin bosan.Pemuda PAS Pusat tidak lagi seperti di zaman Al marhom Utaz Fadzil.Pas perlu kembali pada prinsip asal dan merujuk kembali kepada grass root dan Vetran PAS bagi membuat chek and balance supaya perubahan yang lebih dinamik dapat di lakukan.

CUCU PEJUANG said...

PENDAPAT PARA INTELEK DAN CENDIAKAWAN AMAT DIHARGAI.TEGURAN POSITIF LAGI MEMBINA DEMI MENGUKUHKAN PARTI MEMANTAPKAN AHLI.ADA AHLI YANG MASIH TIDAK BERUBAH MENTALITI WALAUPUN BERBELAS BERPULUH TAHUN MEMAKAI 'UNIFORM' HIJAU.PAS MENEKANKAN TARBIYAH BUKAN SETAKAT 'SIGN' BORANG AHLI PAS DAN MENDAPAT SIJIL AKUAN.KEWAJIBAN SEBAGAI AHLI DIABAIKAN.MASYARAKAT SETEMPAT DILIBATKAN DALAM PROGRAM.SUASANA JAUH BERUBAH.JANGAN ASYIK DALAM 'KEPOMPONG'.TERUS BERDAKWAH BUKAN SETAKAT DENGAR CERAMAH.BACA,FAHAMI PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA.....ALLAHUAKHBAR

Search This Blog