Tuesday, October 5, 2010

Reezal dan Azhar Itu Sahibul Samahahkah?

Oleh: ruhan

"UMNO ialah sebuah parti kebangsaan yang sekular dan rasis. Parti ini tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Islam sebagai asas perjuangan. Namun demikian, tindak-tanduk para pemimpin mereka sejak akhir-akhir ini telah melangkaui bidang kuasa guru agama, kadi, mufti, dan Majlis Agama Islam Negeri.

Dengan gelaran Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat, Reezal mengharamkan pemberian wang RM100.00 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada warga emas. Dengan gelaran Yang Berhormat Penaga, Azhar Ibrahim menyokong pandangan itu dan dengan riang hati mengutip balik wang yang diserahkan kembali oleh sebahagian warga emas yang termakan dengan "fatwa" tersebut.

Kejadian aneh ini dilaporkan secara meluas oleh tv dan akhbar tanpa sedikit pun merujuk golongan yang ahli. Pada masa yang sama, golongan yang ahli ini membiarkan saja kejadian itu berlaku secara berleluasa walaupun mereka tahu kedudukan dan hakikat yang berkaitan dengan pertikaian itu.

Pertama, memang benar Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang diberi wang oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Kedua, memang benar duit itu dibelanjakan untuk membantu golongan miskin bukan Islam. Ketiga, tidak benar wang itu digunakan untuk membantu warga emas yang beragama Islam. Keempat, Dr. Asri (Bekas Mufti Perlis) mengatakan bahawa jika sekalipun wang yang diberi kepada warga emas itu hasil judi, tidak haram hukumnya. Kelima, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa wang yang diberikan kepada warga emas itu diambil daripada wang yang berjaya dijimatkan oleh kerajaan negeri.

Oleh sebab itu, mengapakah pihak berkuasa agama membiarkan Reezal Merican menjadi Sahibul Samahah dalam perkara ini? Mengapakah pihak berkuasa agama membiarkan Azhar Ibrahim turut sama menjadi Sahibul Samahah dalam perkara yang sama? Seluruh rakyat Malaysia mengurut dada melihat kejadian yang aneh dan bebal ini.

Tolonglah kembalikan yang hak ke tempatnya. Tolonglah singkirkan kebatilan daripada menjadi amalan umat Islam. Janganlah biarkan Islam dipergunakan untuk kepentingan politik UMNO. Pihak berkuasa agama perlu menginsafi diri dan keluar dari kepompong ketakutan kepada penguasa!!!

2 comments:

Putra IJ80 said...

Bukan kali bie saja Reezal Merican dapat mengaburi orang ramai terutama nya orang Melayu, malah sebelum ini mcm mana saorang yg.hitam gelap bewajah bulat bermata kebiruan ini dapat menjadi pemimpin Gabungan Pelajar Pelajar Melayu sedangkan ia langsung tidak mencerminkan sebagai orang Melayu yg.di gambarkan berkulit sawo matang,berwajah bujur sirih,bermata choklat cair,serta berperangai lemah lembut,beradat dan beragama Islam.,,kemudian macam mana pula bole terpilih sebagai ketua Pemuda bahagian pertubuhan Kebangsaan Melayu ,walhal secara jelas dia bukan Melayu.Di sini lah salah nya orang Melayu kerana melupakan pesan orang tua tua kita dahulu jika jumpa bangsa tur dgn ular,kita biarkan ular hidup.tapi kita lupa dan ini lah akibatnya.wallahuaklam.

Anonymous said...

Di akhir zaman orang yang jahil lebih dipercayai dari orang yang berautoriti. Dan ketahuilah sekaranglah yang dinamakan AKHIR ZAMAN.

Tapi padanlah muka orang yang percaya cakap si jahil ni. Kan burn sahaja RM 100 duit halal warga tua ni.

Pada saya inilah caranya UMNO nak merompak duit dari rakyat, maklumlah mereka dah tak leh nak songlap duit kerajaan macam dulu.

Jadi bermodalkan air liur dan fatwa yang tiada nas, mereka berjaya merompak warga emas Pulau Pinang secara terbuka. Siapa berani jamin bahawa duit itu benar-benar dipulangkan pada kerajaan negeri Pulau Pinang? Ada mereka memberi resit kepada warga emas semasa mereka memulangkan wang itu? Ada mereka mengambil senarai nama sesiapa yang memulangkannya? Jadi ini perlu diteliti, jika tidak sia-sia sahaja warga emas ini memulangkan wang itu yang kononnya wang judi kerana mereka akan tetap dijadikan bahan bakar api neraka.

Zalimnya UMNO merompak RM 100 dari warga emas di Pulau Pinang.

Search This Blog