Ditulis oleh AMELIA HASHIM
ALOR SETAR, 4 Oktober - Sebenarnya hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 daripada adalah untuk pembangunan bekalan air dan selebihnya adalah untuk pinjaman kepada Perbadanam Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk Kulim Hitech Park dan pembangunan perumahan untuk rakyat.
“Oleh kerana Kerajaan dahulu tidak pernah bayar hutang ini maka hutang itu bertapok-tapok. Itu adalah hakikat.
“Bukan saya memutar belitkan fakta saya mendapat figure ini daripada Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan dalam mesyuarat exco. Jadi saya rasa pihak berkenaan tak faham kenapa hutang air banyak,” kata Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak kepada media, di sini, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mempunyai polisi yang sama iaitu membantu rakyat, termasuklah pembangunan Kerajaan Negeri dalam membaik pulih serta meningkatkan perkhidmatan bekalan air untuk rakyat.
Untuk tujuan, katanya, seawal tahun 1980-an Kerajaan Pusat menawarkan geran kepada Kerajaan Negeri, yang membolehkan projek bekalan air dibuat dengan sempurna tanpa bayar balik.
Ujarnya, sistem ini dikenali sebagai ‘Geran’ dan dengan geran ini seluruh negeri dapat mengatasi masalah bekalan air.
“Tapi masa itu pemimpin kerajaan negeri Kedah terlampau ‘baik’, saya tak tahu siapa Menteri Besarnya, dia terlampau baik dan tidak mahu menerima geran sebaliknya hendak berhutang, nak pinjam. Maknanya dia pi ambil duit dari Kerajaan Pusat dia kena bayar balik. Geran tak payah bayar balik di bawah skim Perkhidmatan Sosial.
“Itulah (sebabnya) maka Kerajaan Pusat bagi pinjaman kepada Kerajaan Negeri bukan geran, hutang kena bayar balik. Tapi dia tak bayar hutang (pun). Maka bertimbun-timbunlah hutang,’ katanya kepada media bagi menjelaskan dakwaan Ketua Pembangkang YB Dato’ Mahdzir Khalid yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.
Menurutnya, pembiayaan pembangunan air berdasarkan geran, terikat dengan syarat iaitu penentuan siapa yang menjadi kontraktor adalah oleh Kementerian Kewangan.
Sebaliknya jika berhutang, Kerajaan Negeri ada pilihan sendiri untuk memberikan kepada orang-orang tertentu.
“Saya nak berterus terang di sini saya mendapat tahu apabila mengkaji laporan yang dibagi kepada saya oleh pihak officio. Kata pegawai itu pemimpin waktu itu tak
mahu geran walaupun Kerajaan Pusat menawarkan, mereka memilih untuk berhutang, maknanya hak Kerajaan Negeri mengagihkan kepada siapa yang dia suka bagi membangun semua projek sama ada loji air atau pemasangan paip. Itu punya keistimewaan jadi yang itu dia Berjaya,” katanya.
Bagi menguatkan kebenaran ini, katanya, pihaknya mempunyai rekod mengenai orang-orang yang terlibat di belakang semua syarikat-sayrikat air ini iaitu pihak yang diberi hak kontrak berkenaan dan mereka adalah pemimpin Barisan Nasional dahulu.
Berikutan itu, katanya, sehingga hari ini pinjaman yang mereka kepada Kerajaan Pusat tidak pernah dibayar sepanjang-panjang mereka mentadbir negeri Kedah dan pemimpin sekarang sedang berusaha untuk melunaskan hutang-hutang berkenaan.
Beliau yang lebih suka berdiam tetapi terpaksa memberi kenyaan akhbar kerana pihak pemimpin dahulu mendakwanya memutar belit kenyataan.
Katanya, pada yang dibuat terhadap Syarikat bekalan Air Darul Aman (SADA) adalah pengkorporatan bukan pengswastaan. Kerajaan dahulu yang mengswastakan bekalan air kepada Taliworks Sdn Bhd. Pada tahun 2009 misalnya, kerajaan sekarang terpaksa membayar sebanyak RM 39 juta sedangkan kutipan yang kerajaan negeri dapat hanya RM14 juta. Ini bermakna jumlah kerugian yang kerajaan terpaksa tanggung sebanyak RM25 juta. Ini akan berlarutan sehingga perjanjian tamat pada 2020.
“Sebelum ini bekalan air di kebanyakan negeri dibawah Jabatan Bekalan Air atau Jabatan Kerja Raya dan tahun 1990-an mereka swastakan dan kita tahu kepada siapa mereka swastakan,” katanya.
Beliau kesal dengan dakwaan itu, sedangkan bagi pihak kerajaan sekarang beliau berkerja keras mencari jalan untuk menyelesaikan kehidupan rakyat dan bebanan membayar hutang yang dibuat oleh pemerintah dahulu.
Justeru itu, kenaikkan tarif air sepatutnya tidak timbul sebagai isu. Ini kerana semakan semula tarif air adalah dari Kerajaan Pusat yang mahu menyeragamkan berikutan kos pengurusan dan penggunaan semakin meningkat.
Beliau mendedahkan lagi persoalan yang timbul dalam pembinaan loji di Padang Sanai oleh kerajaan lalu dengan kapasiti 5 juta meter padu air sehari dengan harga RM155 juta yang diberi kepada syarikat yang ada hubungkait dengan mereka. Sedangkan harga munasabah bagi loji itu dengan kapasiti pengeluaran air yang sama paling harga antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga dengan pembinaan loji di Lubuk Buntar yang pada asalnya untuk naik taraf tetapi diubah kepada loji baru dan meminjam sebanyak RM40 juta.
Katanya, perbezaan kos yang melambung ini menyebabkan hutang menimbun dan pimpinan dahulu sepanjang-pangjang memerintah negeri Kedah tidak pernah membayar hutang-hutang berkenaan.
Justeru itu pada tahun 2006 satu akta dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan diluluskan dalam parlimen iaitu Akta Perkhidmatan Air Negara yang menjalankan pengawalan ke atas sumber air yang diperolehi dari Kerajaan Negeri dan perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat.
Ekoran dari itu bagi pengstrukturan semula pengambilalihan bekalan air ditubuhkan dua badan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang mana SPAN berperanan mengawal selia air dan mengeluarkan lesen manakala PAAB bertanggungjawab mengutip hutang kerajaan negeri selama 40 tahun dan serah balik kepada Kerajaan Negeri.

3 comments:
Benar kah gitu.Kalau Rakyat lantik Azizan untuk Mentabir KEDAH meyelesaikan masaalah air bukannya nak tuding jari pada pihak itu dan ini.Rakyat pun tahu akibat yang rakyat tanggong adalah dari hasil kianat UMNO terhadap Rakyat.Sebab itu rakyat pilih PAS.Tapi cara Azizan selesai dengan cara naikan tarif air ini menambahkan lagi beban rakyat seolah olah rakyat di hukum kerana memilih BN dahulu.Kalau Azizan bijak dan sering dengar pendapat profesional dan tidak selalu mengeluarkan kata kata Hang siapa? hang mengaji mana insyaalah jalan yang lebih baik tu ada.Kalau setakat nak tuding jari semata mata nak selamatkan tindakan atau nak kekalkal status Kuo MB buat apa!Yang GLC bepuloh puloh yang rugi sampai sekarang hang tak tutup pasai apa?Ini merugikan rakyat juga.Adakah nak jaga Kroni hang!!!.Sedangkan kerugian GLC boleh di selamatkan dan digunakan untuk tampong perbelanjaan Air.
syabas ustaz azizan, kalu diam pun mangkuk-mangkuk perasuah & pelingkop dari umnoi@umco penyokong syarikat zionist tetap tak puas hati,bagus juga ustaz jawab dengan penerangan sebab-sebab tapi ada juga sibiul & mungkin barua pecacai umnoi dok pertikai jawapan ustaz,bagi barua-barua umnoi ni bagi la banyak mana penerangan depa tak akan nampak pasal dah lali dengan rasuah atau penyelewengan haram yang terlampau jadi apa saja penerangan atau jawapan akan dipandang tak betul hanya umnoi yg betul pasai pandai pelingkop & seleweng untuk kroni & sanak saudara ,ni mungkin ada kroni yg tolong balas ustaz punya jawapan tapi pusing kenyataan 'kunun' ustaz tuding jari la & bla bla bla ,banyak orang ada akal tapi banyak juga orang yg tak tau pakai akal & berfikir hanya nampak parti islam buat silap tapi sapa yg sebenar pengkhianat negara & rakyat ? sapa yg songlap & seleweng berbilion wang negara & rakyat,podah mana la depa belajak ! kot btn punya kaduk pa !
Politik yang pintar adalah menyelesaikan masaalah Rakyat bukan nya membebankan lagi masalah.Ini sebenarnya kenapa rakyat mahu perubahan.Kalau korek lubang sana dan kambus sini itu bangang namanya.Sepatutnya selesaikan masalah teknikal kenapa air bocor sana sini.Tingkatkan effeciency Maka meningkatlah pendapatan.
Post a Comment