Friday, October 8, 2010

Ikon Baru Raja Melayu

oleh: tokpepijat
Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.

Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.

Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.


Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.


Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".


Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?


Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?


Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?


Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain?


Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?


Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?


Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.


Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO.

Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.


Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?


Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.


Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.


Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?


Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?


Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?


Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!


Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?


Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.

Daulat Tuanku.....oops maaf! Tukar kepada kalimah suci Allahuakbar.

2 comments:

Anonymous said...

Apa bila mendengar bahawa Malaysia ada Undang undang Hak keistimewaan orang Melayu maka saya pun tercari cari bukti sejarah kemuncak tamadun manusia yang paling baik diatas muka bumi ni melalu kitab tafsir dan Sunnah serta sirah.Masa nabi kita memerentah madinah selepas Hijrah begitu juga di zaman pemerentahan Kulafa yang Empat tu.Tak terjumpa walau sepotong ayat atau hadis yang menjadi sumber pemerentahan ketika itu yang menyatakan "Hak Keistimewaan Bangsa Arab" atau apa apa apa hak keistimewaan pada Pemerentahah atau hak hak keistimewaan pada pemimpin melainkan taat dan baiah sebagai amirmukminin.Keistimewaan apa bentuk sekali pun saya tak jumpa.Tapi walaupun demikian Islam dapat membina empire pemerentahan hampir 3/4 dunia ketika itu.

Anonymous said...

Majoriti TUANKU-TUANKU yang ada dah disumbat dengan berbagai projek dan kemewahan oleh umno puaka jembalang. Tu sebab mereka tak mampu nak berdiri di sebelah rakyat, kerana termakan suapan umno puaka lingkup sebuah kerajaan pilihan rakyat

Search This Blog