Thursday, September 16, 2010

Beberapa penemuan baru tetapi di mana VIP?

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..
Berikutan penyiasatan kes bunuh dan bakar di Morib, timbul beberapa penemuan baru yang selama ini tidak disedari dan yang paling utama ialah penemuan beberapa kes orang hilang yang dikesan mempunyai kaitan dengan Dato'Pathmanabhan a/l Nalliannen, suspek utama pembunuhan serta beberapa kes pembunuhan bersiri yang juga mula dikaitkan dengan suspek.Penemuan penemuan baru ini yang sebelumnya semacam terabai begitu sahaja mengejutkan banyak pihak dan sekaligus memberikan polis lebih banyak ruang untuk mendakwa suspek terbabit.

Penemuan penemuan ini juga menunjukkan  Dato' Pathmanabhan a/l Nalliannen merupakan penjenayah yang paling licik dan paling bahaya pernah beroperasi di Malaysia.Suspek juga dikesan merupakan seorang broker yang berprofile tinggi dan multi nasional yang turut dikatkan dengan LTTE.Tetapi masih ada yang tertinggal kerana sehingga kini tidak timbul langsung nama VIP yang disebut di awal penyiasatan. 

Apa yang dapat diperhatikan sekarang ialah penonjolan reputasi jenayah dato' peguam tersebut.Dari penemuan yang didedahkan sehingga kini, dato' tersebut merupakan seorang penjenayah yang licik dan bahaya menipu mangsa dan kesemua hasil jenayah yang dikaitkan dengannya dinikmati oleh dato' tersebut tanpa adanya kelibat pihak lain.Itu apa yang didedahkan kepada umum sehingga kini.
Tidak langsung dikaitkan dengan mana mana VIP, tiada langsung disebut kemungkinan suspek hanya seorang "RUNNER"  kepada mana mana VIP, sedangkan di awal penyiasatan sudahpun didedahkan kemungkinan itu.Tiada juga penafian yang didengar sehingga kini.Namun bebrapa keraguan dalam kes pembunuhan tetap kelihatan.Antaranya kenapa Dato Sosilawati perlu berjumpa suspek untuk menguruskan penjualan tanah miliknya sedangkan beliau mempuyai peguamnya sendiri yang turut dibunuh?Kalau suspek dijanjikan bayaran komisyen kerana berjaya mencari pembeli tanah milik mangsa, kenapa komisyen itu tidak dibayar melalui peguamnya saja?Apa perlu mangsa pergi ke Banting untuk bertemu dengan suspek.Bukankah ini langkah luar biasa bagi seorang jutawan dan ahli perniagaan menguruskan urusniaganya?Atau mungkin ada sebab lain yang tidak dinyatakan atau didedahkan?
Begitu juga penglibatan seorang pegawai bank dari cawangan.Untuk apa pegawai bank turut serta dalam urusniaga yang tiada kaitan langsung dengan hubungan pelanggannya dengan mangsa dan kenapa pegawai bank itu pergi menyertai perundingan urusniaga di luar waktu pejabat?
Inilah antara keraguan yang masih belum terjawab dan keraguan lain ialah kenapa kereta mangsa mangsa yang dibunuh ditemui di tempat berlainan walaupun disebut bahawa mangsa pergi ke Banting dengan kereta masing masing?
Semakin kes ini disiasat semakin terdedah perlakuan jenayah yang sudah lama dilakukan suspek sedangkan sebelum ini kes kes tersebut semacam di "cold storage" atas alasan ketiadan clue, tetapi selepas pembunuhan kejam di Morib satu demi satu clue  timbul.
Tujuan mungkin mahu menunjukkan kejam dan ganasnya suspek dan tiada siapa yang mengarahkannya.Tetapi semakin mahu ditunjukkan suspek dengan reputasi jenayahnya, semakin kuat tanda tanya penglibatan VIP tertentu dan motif pembunuhan yang melampaui urusan bisnez semata mata.Pembunuhan pegawai bank yang meninggalkan anak yang masih kecil mungkin bukan kerana kebetulan beliau bersama Dato Sosilawati tetapi sudah diputuskan oleh perancang  atas  sebab sebab yang lain dari urusniaga penjualan tanah semata mata.
Sehingga kini, tanda tanya masih berlegar kepada "DI MANA VIP YANG TERLIBAT ? APAKAH SUSPEK HANYALAH KAMBING YANG HENDAK DIHITAMKAN ?

No comments:

Search This Blog