Monday, August 23, 2010

UMNO Kedah Kalut: Masing-masing Bawa Hal Sendiri?

Oleh Ahmad Albab Al-Kulimi
Jumaat lalu, ana ke Lapangan Terbang Sultan Abd Halim, Alor Star menunggu kawan-kawan dari Kuala Lumpur. Sesampai di bangunan terminal, ana terkejut melihat banyak kereta Perdana dan Merz hitam. “Ai PM nak mai ka? Atau Muhyiddin. Tapi tak ada polis,” tertanya saya. Dalam terminal ana jumpa seorang kawan yang juga bekas orang kuat UMNO Bahagian Kota Star.
Biasalah bila bertemu kawan lama, banyaklah perkara kami borak. Ana tanya kawan ana, siapa yang nak mai. Ramai juak-juak UMNO dok tungggu. “Entah,” katanya. “Hai hang orangkuat UMNO tak kan tak tau?” tanya ana. “Manalah aku tau. Aku tak ambil kisah langsung bab UMNO. Buang masa. Aku dah lama tinggal UMNO. Lebih baik aku joint puak-puak tabligh,”jawabnya.



Ketika pesawat tiba, ana nampak mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadir Khalid keluar dan disambut oleh tiga empat orang kuatnya dan terus keluar. Sebentar kemudian, nampak pula bekas Exco Kedah, Datuk Osman Aziz seorang diri keluar terus ke kereta yang menantinya.

Selang beberapa minit keluarlah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diimport, Datuk Shafie Afdal. Adalah empat lima orang kuat UMNO datang bersalam dan menyambutnya. Merekapun terus ke kereta dan keluar. Kemudian keluar pula Datuk Othman Abdul mantan Ahli Parlimen Pendang seorang diri keluar dan terus ke keretanya.

Disini terbuktilah bahawa geng-geng UMNO Kedah masing-masing bawa hal. Hang hang! Aku aku!. Kalau betulah UMNO Kedah masih bersatu padu sudah tentu peristiwa di Lapangan Terbang Alor Star tidak semacam itu. Masing-masing bawa hal. Sudah tentu mereka akan tunggu dan keluar bersama.
Terbuktilah sudah seperti yang dihebuh UMNO Kedah tunggu masa saja nak lingkup.

1 comment:

Undertaker said...

Tapi PAS Kedah pulak lain macam bunyinya.AZIZAN cara AZIZAN PAS cara PAS.KEDAH ala AZIZAN mana kala PAS ala Parti.Kaji lah buku AZIZAN DALAM DOSA
http://kedahsenget.blogspot.com

Search This Blog